Pelakon Sharnaaz Ahmad Hubungi SPRM Berhubung Siasatan Kes Pengubahan Wang Haram Dan Macau Scam

Sharnaaz Ahmad atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 35, belum dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes pengubahan wang haram Macau Scam dan perjudian dalam talian.

Katanya lagi, dia ada menghubungi SPRM sebelum ini untuk memberi keterangan dan bersedia memberi kerjasama bagi membantu siasatan.

“Belum ada sebarang panggilan saya dapat setakat ini daripada SPRM. Namun, saya sudah bersedia untuk memberikan kerjasama penuh jika dipanggil.

“Saya mengaku pernah menghubungi SPRM bagi memberi keterangan sebaik isu terbabit menjadi bualan. Apapun, butiran maklum balas SPRM adalah sulit untuk saya kongsikan,” katanya.

Pelakon drama Pelindung Seorang Puteri itu berkata, dia tidak perlu rasa takut kerana tidak bersalah. Dia juga mendakwa tidak terbabit dalam sindiket berkenaan.

“Kegiatan haram terakhir yang pernah saya lakukan adalah kuda longkang. Itu pun masa saya masih di zaman persekolahan. Itu pun kalah sebab saya memang tiada bakat dalam perjudian. Saya cuma ada bakat dalam memikat hati dinda (perempuan) sahaja,” katanya.

Sharnaaz juga bersyukur perniagaannya tidak terjejas disebabkan kontroversi mengaitkan jenama diusahakannya itu baru-baru ini.

“Syukur, perniagaan saya masih berjalan seperti biasa. Namun, agak terjejas sedikit daripada segi jenamanya sajalah,” katanya.

Terdahulu, laporan mengatakan dua artis terkenal dalam bidang lakonan dan pengacaraan bakal dipanggil SPRM untuk membantu siasatan kes pengubahan wang haram, macau scam dan perjudian atas talian.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*