Pelakon Terkenal Serta Bekas Isteri Antara Yang Dipanggil SPRM Berkenaan Kes Cuci Duit Oleh Sindiket Macau Scam

Pengacara popular, pelakon dan penyanyi seramai lima individu diambil keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, semalam.

Kelima-lima mereka termasuk seorang pelakon terkenal serta bekas isterinya turut bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram melibatkan dua individu dikenali sebagai Addy Kanna dan Alvin Goh yang sebelum ini disiasat dan ditahan reman oleh SPRM.

Menurut sumber, turut dipanggil, seorang selebriti yang pernah dirakam percakapan oleh pihak SPRM pada awal bulan lalu.

Katanya, kesemua selebriti berusia antara 35 hingga 41 tahun itu diminta hadir bagi membantu siasatan kes ‘cuci duit’.

“Kesemua mereka hadir ke Ibu pejabat SPRM pada pukul 12 tengah hari sehingga 2 petang tadi dan ada yang masih dirakam percakapan.

“Kesemua mereka diambil keterangan bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai aktiviti pengubahan wang haram,” katanya .

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, kira-kira 10 selebriti akan dipanggil bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram serta cuci duit melibatkan sindiket Macau Scam dan judi dalam talian.

Sindiket yang didalangi dua individu itu dipercayai mendekati selebriti tanah air bagi melaburkan modal dalam beberapa perniagaan melibatkan mereka.

Ini termasuk beberapa instafamous yang pernah dipanggil SPRM sebelum ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki sebelum ini dilaporkan meminta semua selebriti dan ahli perniagaan yang terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan.

Sumber : Utusan

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*