Penyanyi Wanita Mengaku Bersalah Terbabit Dalam Video Lucah.

Zaman sekarang ni sekejap je boleh tersebar di media sosial kalau ada benda-benda yang pelik ataupun kesalahan besar yang seseorang individu itu lakukan.

Apatah lagi kalau mereka adalah orang-orang yang ternama, memang cepatlah viral.

Kalau korang nak tahu, seorang penyanyi dari Indonesia iaitu Gisella Anastasia telah terbabit dalam video lucah yang viral baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, Gisella dan lelaki dalam video yang viral itu telah mengaku bersalah.

Pihak polis Indonesia juga akan menyiasat menggunakan khidmat individu yang mahir dalam bidang teknologi untuk membongkar bagaimana video ini boleh tersebar.

Mereka juga mengaku yang video tersebut telah dirakamkan pada tahun 2017 di salah satu hotel di Medan.

Apa yang menyedihkan, masa video tersebut dirakamkan, Gisella Anastasia masih berstatus isteri kepada seorang pelakon, Gading Marten.

Pergh! Sanggup betul dia buat macam tu dekat suami dia.

Walaubagaimanpun, mereka berdua telahpun bercerai tahun lepas pada Januari 2019.

Gisella dan lelaki tersebut didakwa mengikut Akta Pornografi 2008, yang antara lain melarang mana-mana individu membuat, memperdagangkan, menyebarkan atau mempamerkan bahan pornografi.

Jika disabitkan kesalahan akan dikenakan penjara maksimum selama 12 tahun.

Sumber : HMetro via Ohmedia

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*