Sah! Inilah Lokasi Warung Roti Canai Senario, Aziz M Osman Sendiri Dedahkan Lokasi.

Kalian masih ingat lagi sebuah kumpulan lawak yang pernah menjadi fenomena di Malaysia iaitu Senario? Terdiri daripada ahli kumpulan seperti Saiful Apek, Azlee, Wahid, Lan Pet Pet dan ramai lagi, kumpulan Senario merupakan kumpulan lawak paling popular di Malaysia pada suatu ketika dahulu sebelum adanya Sepahtu, Jozan Dan Lain2 lagi.

Banyak filem dan lagi yang dihasilkan oleh kumpulan ini menjadi kegemaran peminat. Salah satunya adalah filem Lagi-Lagi Senario yang dibintangi oleh ahli mereka sendiri termasuk Lan Pet Pet, Wahid, Azlee, Ani Mayuni dan ramai lagi.

Meskipun Lagi-Lagi Senario sudah berusia hampir 20 tahun, filem ini masih lagi lucu dan menghiburkan jika ditonton pada ketika ini. Jika anda masih ingat, ada satu babak persaingan di antara dua warung roti canai yang berebutkan pelanggan. Sehingga ke hari ini, lokasi warung tersebut masih lagi menjadi rahsia dan tidak diketahui oleh peminat.

Baru-baru ini, pengarah filem tersebut Aziz M. Osman ada mendedahkan lokasi sebenar warung roti canai Azlee dan Wahid. Pendedahan tersebut dibuat selepas seorang peminat bertanya secara terus kepada beliau tentang lokasi warung legend tersebut.

Menurut gambar perbandingan yang dimuat naik oleh Aziz M. Osman, lokasi warung tersebut terletak berdekatan dengan bangunan Sri Pentas milik kumpulan Media Prima yang beralamat di Bandar Utama. Laa dekat je rupanya?

Buat anda yang tidak pernah singgah di sekitar kawasan Sri Pentas, lokasi ini terletak berdekatan dengan pusat membeli-belah One Utama. Difahamkan, tapak gerai itu sudah pun diubah menjadi kawasan tempat letak kereta.

Gambar ini pastinya mengimbau kenangan lama di saat kita masih kecil dan menonton filem Lagi-Lagi Senario. Rindunya!

Bagi siapa yang pernah menonton filem senario ini, bukan sahaja warung yang menjadi tarikan, malah adegan berlatih menebar roti canai menggunakan baju dan dialog pakcik gigi mesti akan mebuatkan anda gelak terbahak bahak dan pasti ada yang pernah melakukan aksi tersebut ditandas.

Kredit : Lobak Merah

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*