Sajat Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Berpakaian Seperti Wanita, Jais Sahkan Sajat Didakwa.

Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali Nur Sajat, usahawan kosmetik, didakwa sudah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada awal bulan ini atas pertuduhan berpakaian seperti wanita.

Menurut sumber, Nur Sajat bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid SHaee @ Shaii.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Selangor, Atras Mohd Zain.

Nur Sajat didakwa atas pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut sumber itu lagi, Nur Sajat dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dan kes akan disebut semula pada 23 Februari ini.

Sebelum ini tular di lama sosial, rakaman video yang memaparkan Nur Sajat menangis dalam keadaan bergari.

Jais Sahkan Kejadian Sajat Didakwa

Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat sudah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, pada awal bulan ini atas pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pada 6 Januari lalu, Muhammad Sajjad dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 iaitu menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.

“Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah. Selanjutnya, pihak mahkamah menangguhkan kes pada jam 9 pagi, 23 Februari hadapan untuk perbicaraan.

“Tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM 3,000 dengan seorang penjamin dalam kalangan penjawat awam kumpulan A,” katanya ketika dihubungi wartawan tadi.

Mohd Shahzihan berkata, pendakwaan terbabit dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Selangor, Atras Mohd Zain.

Beliau berkata, Muhammad Sajjad didakwa atas pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita.

Katanya, usahawan kosmetik didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*