Seorang Da’i Bakal Berdepan Tuduhan R0go1, Bapanya Dedahkan Sesuatu…

Pendakwah bergelar Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail membuat lap0ran polis terhadap pemilik akaun Twitter, @ainunnnajwa yang did4kwa memfitn4hnya mer0gol seorang g4dis.

Lap0ran itu dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor sekitar jam 5.45 petang tadi, susulan pemilik akaun berkenaan mendakwa rakannya mengalami tr4uma selepas menjadi m4ngsa r0gol pendakwah itu.

Kesal dengan tudVhan berkenaan, Syed, 25, berkata, lap0ran polis itu dibuat untuk membersihkan nama baiknya, selain melindungi dirinya daripada dikaitkan dengan dakwaan tidak berasas itu.

“TudVhan itu terlalu berat dan menj4tuhkan m4ruah serta reput4si saya. Saya terkejut dengan tuduhan itu dan menyifatkan ia sebagai fitn4h paling bVruk yang pernah saya hadapi selama menjadi pendakwah.

“Saya memandang serius perkara ini dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan si4satan lanjut kerana dakwaan itu mencem4arkan nama baik saya,” katanya.

“Saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ia menc4larkan m4ruah saya dan keluarga.

“Saya anggap kontr0versi ini sebagai dugaan dalam saya menjalankan tanggungjawab untuk menyalurkan mesej Islam,” katanya.

Terdahulu tular di laman sosial sosial Twitter bebenang seorang pengguna laman sosial menggunakan nama @ainunnnajwa yang mendakwa sahabatnya menjadi mngsa r0gol peserta program Da’i musim ke-4 pada tahun 2016 itu.

Kenali siapa sebenarnya Da’i Syed

Siapa Da’i Syed? Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail yang juga nama komersialnya, Da’i Syed merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pendakwah Malaysia.

Beliau dikenali umum selepas penyertaan dalam rancangan realiti agama, Da’i Pendakwah Nusantara musim keempat pada 2016 yang meletakkannya di tempat keempat.

Biodata / Profile / Latar Belakang

Nama penuhnya, Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail.

Lebih dikenali sebagai Da’i Syed atau Syed Iqmal.

Berumur 25 tahun (2020).

Berasal dari Perlis.

Berkelulusan dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab daripada Maahad Buuth Islamiyah, Kaherah, Mesir.

Bergiat sebagai pendakwah bebas, selain bergelar penyanyi dan pelakon.

Bakatnya dikesan daripada rancangan realiti Islamik, Da’i Pendakwah Nusantara (Musim 4) pada 2016 yang meletakkannya di kedudukan keempat.

Antara lain, beliau pernah menyertai program Akademi Sahur Indonesia (AKSI) pada 2018 sebagai wakil Malaysia dan meraih tempat ketiga.

Antara lagu dipopularkannya termasuk Arah, Ya Rasulullah dan Keagungan Cintamu.

Pernah membintangi drama Papa Nak Menantu.

Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @daisyed_ sehingga kini mempunyai lebih 225,000 pengikut.

Fakta Menarik

Terkenal dengan penampilan yang bersahaja serta sering mengenakan fesyen kasual seperti remaja seusianya yang lain.

Pernah digosipkan dengan usahawan Joy Revfa.

Pada Julai 2020, beliau mendedahkan status dirinya yang sedang berhubungan cinta dengan seorang aktres tidak berhijab, namun dirahsiakan identitinya.

Ayah Da’i Syed ‘Bersuara’ – “Kami Dah Letih Nak Hadap Isu Semacam Ini, Apatah Lagi Adik-Adiknya Masih Belajar…”

Semalam kita dikejutkan dengan berita dakwaan tuduhan merogol oleh seorang pendakwah muda, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail yang memaksanya membuat laporan polis untuk membersihkan namanya.

Baca: Dituduh Merogol, Da’i Syed Buat Laporan Polis Terhadap Pengguna Twitter @ainnunnnajwa!

Tidak berapa lama kemudian, ayah kepada Syed Shah Iqmal, memuat naik satu kenyataan di laman sosial Facebook miliknya.

Berikut adalah kenyataan daripada ayah Da’i Syed.

“Assalamualaikum wbt.

“Firman Allah ” Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai Fitnah/cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.” (QS. Al-Anfaal)

“Semua sudah maklum DAI SYED adalah anak saya. Hari ini bertalu-talu mesej masuk ke inbox saya beserta SS yang dah viral. Masing-masing menunggu balasan dan respon saya. Saya nyatakan disini utk tatapan semua yang bertanya.

“Segala didikan yang telah saya beri kepadanya sejak dari kecil adalah menurut yang agama sarankan dan tindakan utk menegur serta nasihat kepadanya telah pun saya usahakan sebaiknya, namun tiada upaya lagi bila semua message saya itu diabaikan sudah 2 tahun tanpa reply sepatah pun.

“Hingga saya serahkan urusan menegur ini kepada Allah swt untuk mengadilinya sekiranya benar dakwaan yang diviralkan dan mohon Alah mengembalikan anak saya ke jalan yg benar dan diredhoi.

“Saya lebih rela dia diadili didunia daripada dihadap diakhirat dihadapan Qadhi Rabbul Jalil.

“Sekarang saya hanya mampu beri nasihat kepada individu yg bermuamalah dengan dia supaya berhati-hatilah, terutama pada wanita.

“Isu viral ni dah lama, hari ni makin jadi heboh pulak. Kami dah letih nak hadap isu semacam ini, apalagi adik-adiknya yang masih belajar, mereka tertekan dengan soalan-soalan sindiran dan ejekan dari teman-teman di sekolah.

“Bagi mereka² yang pernah menghubungi untuk mengadu kepada saya (yang mengaku mangsa), pergilah lapor kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan diambil tindakan sewajarnya. Saya memberi jaminan, saya tidak akan sama sekali mempertahankan atau menyebelahi anak saya, sekiranya dia memang melakukan kesalahan tersebut.

“Sabda Nabi “Demi Allah, sungguh jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya’” – Hadist.

“Peringatan terbuka kepada Dai Syed: “Jika benar kamu berakhlak buruk seperti yang didakwa/diviral, janganlah kamu menggunakan agama sebagai topeng untuk menutup segala kebejatanmu kerana perbuatan itu lebih hina dari iblis. Tinggalkan dunia selebriti dan kembalilah ke jalan Allah dan jalan leluhurmu. Kami semua merinduimu Iqmal yang dahulu.”

“Kami pihak keluarga hanya mampu berdoa supaya dijauhkan segala fitnah duniawi dan diberikan keberkatan dalam hidup dan mati.
Sekian.

“Seif Jamalullail
Cairo.”

Entri di Facebook tersebut telah mendapat 300 perkongsian dan lebih 1,400 tanda suka.

“Tak Semua Orang Faham” Dai Syed

INDUSRTI seni dan hiburan tanah air hari ini semakin meriah dengan kehadiran pendakwah bebas seperti PU Rizz dan Pu Azman.

Ternyata program seperti Pencetus Ummah Nusantara dan Dai’ Pendakwah Milenia turut memberi peluang kepada pendakwah muda untuk mengembangkan bakat dalam bidang seni.

Terkini, pendakwah muda Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail, 24, atau lebih dikenali Dai’ Syed turut mengikut jejak langkah pendakwah sebelumnya.

Pendakwah muda ini sudah mempunyai tiga single berjudul Keagungan Cinta-Mu ciptaan Aiman Zul 2 By 2 dan lirik bersama Syed. Manakala single kedua, Ya Rasulullah, karya Seif Jamalullail dan terbaharu, Arah hasil sentuhan Omar K, Ikhwan Fatanna dan Shazee.

Menurut Syed, bakat yang dimiliki akan digunakan sebaik-baiknya untuk menyampaikan dakwah kepada orang ramai.

“ALLAH kurniakan bakat kepada saya dengan kebolehan menyanyi dan berlakon, jadi saya gunakan ke arah jalan kebaikan sebagai landasan untuk menarik orang ramai supaya dekat dengan agama.

“Alhamdulillah, ibu bapa tidak menghalang minat saya cuma mereka pinta supaya jangan lupakan ALLAH dan agama.

“Dalam ceramah, saya selalu menyanyi atau berlakon supaya hadirin ataupun penonton tidak mengantuk.

“Jadi begitulah antara cara kreatif saya untuk menarik minat anak-anak muda supaya mendekati dan hadir ke kuliah agama,” katanya kepada Sinar Harian.

Dai’ Syed
Berkelulusan dalam pengajian Islam dan bahasa Arab di Maahad Buuth Islamiyah, Kaherah, Mesir, selain menyanyi dan berlakon, Syed turut menggunakan platform media sosial untuk menarik orang ramai lebih mendekati agama.

“Media sosial ini luas untuk diakses oleh sesiapa tanpa batasan umur juga bangsa. Saya boleh menggunakan platform ini untuk perkongsian ilmu pengetahuan yang saya pelajari seperti ilmu fardu ain.

“Begitupun tak semua orang faham, sebaliknya yang terbaik berjumpa depan-depan dan tanya soalan supaya lebih mudah untuk difahami,” jelasnya.

Sementara itu, bercakap fasal penampilan diri yang bersahaja seperti remaja seusianya, Syed tidak terlepas daripada kecaman netizen.

“Bila membawa nama dai’ ini masyarakat kebanyakannya akan mempertikaikan saya kerana penampilan diri yang tidak seperti pendakwah lain

“Dari segi kecaman saya tak ambil peduli. Saya anggap kecaman itu hanyalah satu mesej nasihat, andai dihina dimaki saya lupakan sahaja,” katanya dengan nada lembut.

kredit: https://iluminasi.com/, FB Seif Jamalullail via trending sangat

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*