Shuk Buat Hal Lagi, Kali Ni Nitizen Persoalkan Isteri Kenapa Tak Repot Jais, Nitizen Jelaskan…

Sebelum ini, penyampai radio dan pelawak, Shuk Sahar pernah dihimpit kontroversi apabila dia didakwa berlaku curang dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshafera.

Shuk walau bagaimanapun mengakui kesilapan dan menjelaskan hubungan antara mereka berdua baik-baik sahaja.

Terbaru, pelawak ini sekali lagi dikatakan curang apabila isteri sendiri mendedahkan perkara tersebut di Instagram.

Isteri mendakwa dia sanggup mempertahankan rumah tangga sebelum ini demi masa depan anak-anak. Malah, kerana terlalu sayangkan suami dia tidak sanggup untuk berpisah.

Kenapa Tak Report Jais?

Hari ini laman instagram pelawak dan pengacara, Shuk Sahar hari ini teruk ‘diser4ng’ netizen selepas isterinya , Rossalennah Natassyiah Asshafera atau Seraa mendedahkan Shuk kembali berlaku cur4ng.

Menerusi beberapa perkongsian di Instagram, Seraa telah memuat naik luahan hatinya mengenai Shuk yang menurutnya telah kembali berhubungan dengan wanita sama yang pernah dikaitkan dengannya dahulu iaitu Farah.

Menurut Sera, dia telah mencari Shuk di rumah wanita ditemani PA Shuk, selepas suaminya tidak pulang ke rumah.

Namun disana dia telah dihalang malah dihalau dari rumah tersebut meskipun dia begitu yakin Shuk pada waktu itu berada di dalam rumah berkenaan.

Kau tak balik duduk rumah betin-a ni

“Terima kasih dah tinggalkan aku dengan anak-anak. Aku bertahan sampai tahap ini, menutup segala celah yang bu-ruk demi masa depan anak-anak. Tapi hari demi hari, kau buang aku dengan anak-anak. Kau biarkan aku kena maki hamun dengan betina ni selama ni. Aku suruh kau keluar, kau tak keluar, kau tak balik duduk rumah betina ni.

Kenapa tak buat laporan kepada JAIS?

Segelintir warganet turut bertanya kepada Rossalennah kenapa tidak buat laporan sahaja kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurut mereka, sekiranya mempunyai bukti yang kukuh, pihak berkuasa pasti akan datang dan tindakan juga diambil terhadap tertduh.

” Kenapa tak panggil JAIS?,” tanya Ika.

Soalan itu tidak dijawab oleh Rossalennah.

Bagaimanapun, ia telah dijawab oleh Iesya Toh, yang juga merupakan bekas pengacara Selamat Pagi Malaysia di RTM.

” Jais selalu lambattttt.. orang dah siap proses dan selamat hilang baru call balik,” komen Iesya.

Ternyata komen itu mendapat perhatian warganet lain terkejut kerana soalan itu dijawab oleh Iesya Toh yang juga merupakan pelakon dan penyanyi..

Rata-rata warganet lain bersetuju dengan jawapan Iesya Toh apabila ada yang berkongsi pengalaman mereka sewaktu berurusan dengan JAIS.

” A’ah betul..penah jadi..saya telefon petang, pastu kata nanti pegawai berkaitan akan hubungi semula..sampai esok nya pun take..2 kali jadi macam ni..sampai sudah, takde telefon takde datang..padahal alamat dah siap bagi pun,” tulis Ctkmdsr.

Allah tu maha adil.. naluri isteri x pernah salah..

Menerusi satu lagi perkongsiaan, Sera menjelaskan PA Shuk yang menemaninya kemudian menghubungi wanita tersebut meminta Shuk keluar.

Tambah Seraa, Shuk kemudian bercakap dengan PA nya menggunakan telefon wanita tersebut namun dia enggan keluar dari rumah tersebut selagi dia ada disana.

“Seraa ada saksi pergi sini dgn p.a shuk. Dia kol Faara.. suruh Shuk keluar.. shuk bercakap melalui telefon fara kata taknak keluar selagi aku ada. Apa jadi dia takkan keluar.

“Bayangkanlah apa perasaan aku .. aku tak pernah sesedih ini.. sesakit ini ” tulis Seraa menerusi perkongsian tersebut.

Selalu dim4ki oleh skandal Shuk

Dalam satu lagi perkongsian berbeza, Seraa turut mendedahkan yang dia selalu dimaki dan dihina oleh wanita tersebut. Malah dia turut memuat naik satu tangkap layar perbualan whatsapp diantanya bersama perempuan tersebut.

Menerusi foto tersebut jelas wanita berkenaan seorang wanita yang bermulut lancang malah sanggup membahasakan Seraa dengan kata-kata makian dan nista.

“Aku selalu kena maki kena whatsapp, aku sudha cukup tabah, sudah cukup sabar.. tapi kau Shuk tak pernah hargai” tulis Sarah lagi.

Malah Seraa turut berkongsi satu video dipercayai video lama dimana Shuk sedang bercakap dengan wanita tersebut menggunakan loud speaker membuktikan wanita berkenaan memang seorang yang kasar bahasanya.

Malah menerusi video sama, wanita tersebut dilihat cuba mengugut untuk melibatkan keluarga Shuk dan Seraa didalam hal berkenaan.

Walau Bagaimanapun semoga baik2 sahaja ibu dan anak ini. Dan semoga Shuk dapat menjelaskan semua isu ini dan perbaiki kesilapannya.

Sumber : Ohmedia Dan Trendingsangat

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*