Tindakan Sharifah Sakinah Apabila Dipuji Secara Terbuka Di Instagram PU Syed Memang Mengejutkan!

Ada orang apabila ditegur, terus melenting dan berasa tidak adil sehinggakan ada yang siap keluarkan statement nak keluar dari agama. Tapi sebaliknya yang dilakukan oleh seorang pelakon yang terkenal dan tak lari dari gosip panas ini… Jom kita baca…

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri menerusi laman Instagram membuat teguran terbuka kepada pelakon Sharifah Sakinah. Difahamkan, sebelum ini PU Syed ada menghantar pesanan di ruangan mesej peribadi namun tidak dibalas pelakon tersebut.

Menurutnya, sebagai seorang selebriti yang mempunyai pengikut yang ramai, Sharifah Sakinah haruslah menunjukkan contoh yang baik dari segi berpakaian. Tambah PU Syed lagi, meski pun hidup bebas, umat Islam mempunyai batas-batas yang tertentu.

PU Syed turut mengingatkan pelakon tersebut agar menjaga adab dalam berpakaian tambahan pula apabila datang daripada nasab yang mulia. Jelasnya, teguran yang dibuat adalah salah satu cara untuk menyelamatkan saudara seagama daripada terus hanyut.

Inilah Reaksi Sharifah Sakinah

Tidak hanya mendiamkan diri, Sharifah Sakinah membalas teguran tersebut dengan meminta maaf dan memohon doa yang baik-baik sahaja.

#sedarasedara done tegur. Im sorry, doakan yang baik baik.

Di ruangan komen, peminat memohon agar pelakon ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ ini mengambil serius teguran yang dibuat. Mereka mendoakan agar Sharifah Sakinah diberikan hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna.

Sumber : Instagram / OhMedia

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*