Tular Lagi Satu Video Anak Nora Bercumbu Dengan Rela! Netizen Twitter Sememangnya Hebat Membuka Aib.

Putri Nur Dahlia, anak kepada penyanyi terkenal, Nora Ariffin, sekali lagi terkena tamparan hebat setelah dikecam dengan teruk oleh netizen di twitter ekoran videonya ciuman bersama bekas kekasihnya ditayangkan di media sosial buat kali kedua.

Netizen di twitter juga menyatakan bahawa gadis itu hanya memainkan kad mangsa dengan menggunakan memek mukanya yang tidak bersalah dan mengelak dari ciuman itu.

Golongan di twitter sangat hebat kerana selepas gadis itu menyatakan maaf dan tidak bersalah, mereka menjumpai dan menyebarkan lagi satu video ciuman yang tampaknya tidak ada rasa bersalah dan rela.

Tidak cukup dengan itu, netizen menyifatkan perbuatannya itu bukan kerana dipaksa sebaliknya secara suka dan rela.

Ada juga balas bebenang itu dengan menyuruh kita menutup aib sesama manusia dan ada juga yang turut menyatakan geram terhadap kelakuan gadis itu.

Terdahulu, mengakui terkilan dengan insiden yang berlaku, Nora berkata, dia sudah melakukan apa yang terbaik untuk mendidik puterinya menjadi insan berguna. Apabila tular klip video mirip anak gadis Nora yang kelihatan bercumbu dengan seorang remaja lelaki yang tular di media sosial.

Sementara itu, Putri menerusi akaun Twitter miliknya menjelaskan situasi sebenar dan mengakui dirinya dipaksa.

 

Sumber : Harian Metro & Twitter

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*