Video Anak Perempuan Nora Dicium Kekasihnya Tular!

“ALLAHUAKBAR. Dengan penuh rasa terkilan. Saya mengaku, video itu adalah dia,” kata penyanyi Nora Ariffin yang mengakui gadis yang bercium dengan seorang remaja lelaki dalam video yang tular adalah anak perempuannya, Putri Nor Dahlia.

Mengakui terkilan dengan insiden yang berlaku, Nora berkata, dia sudah melakukan apa yang terbaik untuk mendidik puterinya menjadi insan berguna.

“Sebagai seorang ibu, saya sudah cuba sedaya-upaya untuk mengajar, membimbing dan mendidik serta memberikan apa yang terbaik dan termampu dalam kapasiti yang terbatas.

“Namun, sebagai seorang manusia kita tidak boleh lari daripada membuat kesilapan. Dia masih muda dan ada banyak ruang untuk diperbaiki dan belajar daripada kehidupan. Sebagai ibu saya juga banyak kelemahan,” katanya.

Menurutnya, dia berharap anak perempuannya itu belajar daripada kesilapan itu dan menjadi individu lebih baik pada masa akan datang.

“Saya berdoa semoga dia belajar daripada kesilapannya dan menjadi individu lebih baik. Kepada semua, berikan kami ruang dan ketenangan pada masa ini. Sama-sama doakan yang terbaik untuk dia dan diri masing-masing,” katanya.

Semalam, tular klip video mirip anak gadis Nora yang kelihatan bercumbu dengan seorang remaja lelaki yang tular di media sosial.

Sementara itu, Putri menerusi akaun Twitter miliknya menjelaskan situasi sebenar dan mengakui dirinya dipaksa.

“Saya dipaksa. Dalam video itu pun boleh nampak saya ke belakang dan cuba mengelak. Selepas ia berlaku saya duduk diam kerana saya malu dan tak tahu nak buat apa. Saya tak sanggup nak tumbuk dia, tapi saya marah dia selepas video itu dan kami sudah putus,” jelasnya menerusi akaun Twitter @itzputridahlia.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*