Wanita Yang Memfitnah Hubungan Neelofa Tampil, Namun Tindakan PU Riz Mengejutkan…

Kuala Lumpur: Individu yang didakwa menyebarkan fitn4h mengenai hubungan pendakwah bebas, PU Riz dan pengacara, Neelofa pada 26 Disember lalu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Wanita yang dikenali sebagai, Syamira Safiya menerusi rakaman video yang diterima Harian Metro berkata, segala yang disebarkan di laman Twitter adalah fitnah.

“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Encik Haris atau PU Riz dan keluarga di atas segala tuduhan yang dilakukan. Saya sedar bahawa segala tuduhan ini banyak bertentangan dengan apa yang Islam ajarkan.

“Saya sangat menyesal dengan fitnah yang saya mulakan di media sosial. Saya sangat berharap agar Encik Haris dan sekeluarga dapat memaafkan saya seikhlasnya,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, segala tuduhan itu dijawab dan dinafikan Neelofa menerusi hantaran video di Instagram dan kenyataan rasmi yang diedarkan kepada pihak media minggu lalu.

” Saya Maafkan” – Pu Rizz

Kuala Lumpur: Pendakwah bebas dan pelakon, PU Riz mengambil pendekatan memaafkan individu yang sudah memfitnah diri dan keluarganya di media sosial minggu lalu.

Ia susulan tindakan wanita yang dikenali sebagai Syamira Safiya itu memohon maaf secara terbuka kepada Riz dan keluarganya berdasarkan rakaman video yang diterima Harian Metro.

Riz, 26, atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail ketika dihubungi berkata, dia bersama keluarga sudah berbincang dan memutuskan perkara itu.

“Apabila dia tampil meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perkara sama, saya dan keluarga beranggapan dia sudah sedar dengan kesilapan dan tindakan itu. Jadi, kami maafkan apa yang sudah dibuat.

“Saya memaafkan dia kerana saya tahu beratnya dosa memfitnah. Saya tidak mahu susah di akhirat, dan saya nak masuk syurga tanpa hisab.

“Saya juga memohon supaya tidak ada lagi perkara berbangkit selepas ini. Dia sudah minta maaf dan saya sekeluarga sudah maafkan. Insya Allah, kehidupan kita akan dipermudahkan Allah SWT,” katanya kepada Harian Metro.

Mengenai hubungan pasangan itu, ia akan terjawab selepas keluarga kedua belah pihak mencari titik penyelesaian sama seperti kenyataan rasmi Neelofa yang diedarkan kepada media, minggu lalu.

Cinta Masih Bertaut

Warganet Dedahkan Bukti Cinta Pu Riz Masih Bertaut. Rupa Rupanya Ini Yang Pu Riz Masih Lakukan Pada Neelofa Sampai Warganet Perasan.
PU Riz masih like foto Lofa yang latest” – Tiada Cincin Lagi Di Jari, Tapi Warganet Terkejut PU Riz Masih Like Foto Neelofa di Instagram! Kemelut perhubungan cinta antara pengacara dan usahawan, Neelofa dan Pencetus Ummah, PU Riz masih tiada noktahnya.

Di sana sini pelbagai berita palsu dan spekulasi yang menjadi buah mulut warganet, namun pasangan terbabit sehingga kini masih belum menjelaskan status sebenar hubungan mereka. Walau bagaimanapun, hari ini warganet agak terkejut apabila mendapat tahu PU Riz masih like posting terbaru daripada Neelofa di Instagram.

Waaa si dia masih like post Lofa, semoga jodoh sehingga ke Jannah, Neelofa” Komen tersebut kemudian disokong oleh warganet lain yang mengatakan PU Riz memang masih dan selalu memberi tanda suka kepada semua foto terbaru usahawan tersebut. Masih ada jodohkah?

Siasat Kisah Cinta ‘Sembunyi’ Neelofa & PU Riz, warganet Dedahkan Teka-Teki Perhubungan Mereka. Bongkar Kisah Cinta ‘Sembunyi’ Neelofa & PU Riz, warganet Dedahkan Teka-Teki Perhubungan Mereka. Sebelum ini, tercetus desas desus mengatakan selebriti dan usahawan popular, Neelofa menjalinkan hubungan cinta bersama pendakwah bebas, iaitu Haris Ismail atau PU Riz.

Ini kerana banyak ‘hint-hint‘ kecil yang diberikan oleh kakaknya, Noor Nabila Mohd Noor dan kawan baiknya, Rosix menerusi IG Story dan laman Youtube mereka. Bagaimanapun, Neelofa sekeras-kerasnya menafikan dirinya menjalinkan hubungan cinta bersama pendakwah bebas itu.

“Tiada apa-apa hubungan istimewa. Jika ada, saya akan beritahu dengan siapa saya berkawan,” jawab NeelofaSebagai seorang selebriti yang terkenal dan menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana, sudah tentu peminat dan netizen tertanya-tanya mengenai perhubungan mereka berdua meskipun Neelofa menafikan perkara itu.

Tidak berdiam diri, salah seorang pengguna di laman sosial Twitter @NamiwaAbameed turut memberikan ‘kronologi’ bahawa dia yakin pengacara dan pendakwah bebas itu menjalinkan hubungan cinta. Itu ciapan yang dimuat naik oleh @NamiwaAbameed.

Bukan itu sahaja, pengguna Twitter ini juga turut mendedahkan ‘bukti-bukti’ yang mengukuhkan kenyataanya itu.Bukan itu sahaja, Neelofa dilihat baru sahaja memuat naik gambar di Instagramnya, bersama kelibat seorang jejaka disebelahnya yang memakai baju sedondon putih coklat bersama. Adakah itu PU Riz aka kekasih hati Neelofa? Jeng jeng jeng….

Demikian ‘kronologi’ kisah percintaan Neelofa yang tidak pasti kesahihanya, tapi yang pasti, mereka berdua dilihat sangat sepadan! Ibarat kata pepatah ‘bagai pinang dibelah dua’.Mari lah sama-sama kita nantikan berita gembira yang mungkin akan diumumkan Neelofa tidak lama lagi.

Kredit : Trendingsangat

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*