Bini Orang Berbaju Kurung Kantoi Berkhalwat Dengan Lelaki Lain, Menyorok Ketika Diserbu

Perbuatan seorang lelaki yang kerap memuat naik status berhubungan dengan isteri orang di laman sosial akhirnya mengundang p4dah apabila dia dicekup berkh4alwat dengan wanita itu di Taman Selasih, di sini, semalam.

Lelaki berusia 26 tahun yang masih bujang itu dit4han berkh4lwat dengan wanita berusia 41 tahun yang sudah mempunyai tiga anak itu pada jam 3.40 petang oleh anggota Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) bersama jemaah masjid di kawasan itu.

Meny0rok Dalam Almari

Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, ketika serb-uan dilakukan, wanita itu ditemui bersembunyi dalam almari.

Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.

“Kami menerima banyak aduan berhubung perbuatan lelaki itu yang sering memuat naik status di media sosial setiap kali menjalinkan hubungan dengan isteri orang.

“Dia memang suka berhubungan dengan isteri orang dan kita menerima aduan awam mengenai kegiatan lelaki itu sebelum menahannya semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Anwar Sharifuddin berkata, lelaki itu kerap membawa masuk wanita ke rumahnya ketika orang lain sibuk menunaikan solat Jumaat dan sebelum ini dia sering terlepas.

Katanya, lelaki itu berasal dari Tanah Merah, Kelantan manakala wanita itu berasal dari Pendang, di sini.

Beliau berkata, lelaki itu bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Kulim manakala wanita itu mengakui mengenali lelaki itu melalui Facebook (FB).

Katanya, pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk dibuat laporan tangkapan sebelum diambil keterangan.

“Mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan dan kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kes4lahan J3nayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh did3nda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun p3njara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Definisi Kh4lwat Dan Huku-mnya

Khalwat yang diharamkan dari sudut syarak ialah: Seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang ajnabi jauh dari pandangan mata manusia.

Hukum berdua-duaan seperti ini adalah diharamkan berdasarkan sebuah hadis:

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ ‏

Maksudnya: Janganlah bersunyi-sunyian seorang lelaki dan perempuan melainkan yang bersama-sama perempuan tersebut mahramnya.

Riwayat Muslim (3112)

Kata al-Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini: Apabila bersendirian seorang lelaki ajnabi dan seorang perempuan ajnabiah tanpa adanya orang ketiga bersama keduanya maka ia (berdua-duaan) adalah haram dengan kesepakatan para Ulama. Lihat Syarah Sahih Muslim (9/109)

Setelah kita ketahui hukum perbuatan ini, maka fahamlah kita bahawa ia termasuk dalam perbuatan maksiat. Manakala maksiat wajib diubah sama ada dengan tangan, lisan, mahupun jantung hati.

Peranan Amar Makruf Nahi Mu-nkar

Di dalam Islam, tugasan menyeru kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran adalah salah satu tanggungjawab setiap umatnya. Bahkan kita digelar sebagai sebaik-baik umat dengan melaksanakan amalan tersebut. Tugas ini menjadi kewajipan bagi setiap umat Islam sebaik sahaja mereka melihat kemungkaran tersebut berdasarkan sebuah hadis :

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya : Sesiapa dari kalangan kalian yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mengubah dengan lidahnya dan sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan jantung hatinya. Demikian itu (mengubah dengan hati) adalah selemah-lemah iman.

Riwayat Muslim (184)

Berkata al-Imam al-Nawawi dalam syarahnya ke atas hadis ini: Adapun sifat larangan kepada perkara mungkar dan peringkat-peringkatnya, garis panduannya adalah ucapan Nabi (hadis di atas). Maka ke atas seseorang untuk mengubah kemungkaran dengan setiap bentuk yang dia mampu. Tidak cukup sekadar memberi peringatan bagi sesiapa yang mampu mengubah dengan tangannya. Tidak boleh juga berpada dengan membenci dari hati bagi sesiapa yang mampu menghalang dengan lisan.

Kata al-Imam al-Nawawi lagi: Tidak boleh bagi mereka yang melakukan amar makruf dan nahi munkar mencari-cari serta melakukan tajassus dan menceroboh ke rumah-rumah berdasarkan sangkaan. Bahkan sekiranya dia melihat sesuatu hendaklah dia mengubahnya.

Kata al-Imam al-Mawardi: Sekiranya berat ke atas sangkaan orang yang melakukan hisbah (muhtasib) akan rahsia golongan yang melakukan kemungkaran dengan tanda-tanda dan kesan-kesan yang jelas, seperti dua contoh berikut: Pada perbuatan mungkar itu pencer0bohan ke atas kehormatan seseorang yang kita terlepas pandang. Seperti seseorang diberitahu oleh seorang lelaki yang dipercayai dengan kebenarannya bahawa terdapat seorang lelaki yang sedang berkhalwat dengan lelaki lain untuk dia membunuhnya atau dia berkhalwat dengan seorang perempuan untuk dia berzina dengannya. Maka diharuskan untuk bertajassus dan berusaha mendedahkan serta mengingkari maksiat tersebut. Keduanya: Apa yang lebih kurang dari kedudukan ini, maka tidak boleh padanya untuk melakukan tajassus. Lihat Raudhat al-Thalibin (10/220)

Sumber : TrendingSangat

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*