Dipenjara Kalau Tonton Cerita Korea, Tiru Gaya Berbual Juga Dilarang Sama Sekali.

Rakyat Korea Utara akan dihukum jika didapati didapati menonton program hiburan dari Korea Selatan termasuk drama bersiri.

Bukan itu saja, mereka juga dilarang meniru gaya rakyat negara jiran itu berbual, lapor media tempatan.

Peraturan itu diumumkan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un yang melancarkan perang terhadap pengaruh luar dan menyeru kepada hiburan tempatan yang lebih baik.

Peraturan itu termaktub dalam satu undang-undang baru yang mula dikuatkuasakan akhir tahun lalu.

Perincian peraturan itu dimuat turun Daily NK, laman web yang berpengkalan di Korea Selatan yang melaporkan dari sumber di Pyongyang.

Jika didapati bersalah, rakyat Korea Utara akan berdepan hukuman 15 tahun penjara.

Hukuman itu juga terpakai kepada ibu bapa jika anak mereka di dapati melanggar peraturan berkenaan.

Perincian di dalam web itu menyatakan rakyat negara berkenaan dilarang membaca bahan dari media Korea Selatan, menerbitkan atau mengedarkan kandungan lucah, menggunakan televisyen tidak berdaftar, radio, komputer telefon bimbit dari luar serta peranti elektronik.

Sebuah majalah yang diterbitkan di Jepun, Rimjin-gang turut melaporkan perkara sama berdasarkan maklumat sumber di Korea Utara.

Laporan yang disiarkan awal bulan itu menyatakan undang-undang itu turut melarang rakyat Korea Utara berbual atau menulis seperti negara jiran.

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*