Inilah manusia pertama yang mendapat gaji sebanyak 3000 dolar sehari dan 1 juta setahun

Anda pastinya tidak menyangka bahawa pada tahun 1921, sudah ada manusia yang dibayar gaji sebanyak 1 juta dolar (1,000000) setahun – bersamaan dengan 3 ribu dolar (3,000) sehari.
Untuk rekod, pada zaman tu, cukai pendapatan masih belum wujud atau diperkenalkan lagi. Ini bermaksud, berapa gaji yang diberikan kepada anda, maka sebanyak itulah yang boleh anda belanjakan. Pada zaman dahulu, rata-rata orang yang bergaji 2000 USD sebulan, sudah dikitiraf sebagai seorang yang kaya raya.

Manusia yang pertama dibayar sebanyak itu adalah Charles Schwab. Beliau dilantik oleh Andrew Carnegie untuk menjadi presiden di sebuah syarikat besi di Amerika, iaitu United States Steel Company pada tahun 1921. Hebat bukan? Lebih mengujakan, ketika beliau menyandang jawatan itu, beliau baru sahaja berusia 38 tahun.
Andrew, ketika ditanya ditanya mengenai bayaran gaji untuk Charles,
Kenapa kau sanggup bayar Schwab sebanyak itu? Adakah Schwab seorang yang genius? Atau dia sangat hebat dalam pembuatan besi?
Jawapan Andrew sangatlah mudah,
Bukan, Schwab adalah manusia yang paling pandai berurusan dengan manusia.
Semudah itu sahaja jawapan Andrew, lantas membuatkan orang ramai tertanya-tanya dan terus mengasak dengan pelbagai persoalan bagi mendapatkan jawapan yang lebih mapan.
“Akhirnya, Schwab sendiri membuka mulut dan bercerita,

Charles Schwab

Aku ada kelebihan yang orang lain tidak ada. Di bawah seliaan aku, semua orang jadi lebih bersemangat untuk bekerja.
“Sebenarnya, senjata paling berbisa yang aku gunakan hanya dua. Iaitu

  • Penghargaan (Appreciation).
  • Dorongan (Encouragement).

“Tahukah anda, tiada perkara yang boleh membunuh cita-cita seseorang melainkan kritikan daripada majikan dia sendiri (terpakai juga untuk pasangan ataupun ibu bapa).
Aku tidak pernah mengkritik sesiapa, sama ada di tempat awam mahupun secara peribadi. Kerja aku, adalah mencari sekecil-kecil kebaikan dan aku tidak akan cari kelemahan sesiapa.
Jadi, bila ada sekecil apa pun kerja seseorang, aku akan lambung dengan pujian setinggi-tingginya. Malah, aku sampai jadi gian untuk memuji seseorang.
Dan hasilnya, keuntungan berlipat kali ganda untuk syarikat yang aku terajui!
“Untuk rekod, selepas dari syarikat besi ni, Schwab diberi tanggungjawab menaikkan semula sebuah syarikat lain. Syarikat tu hampir pupus ditelan kerugian, tapi berjaya menjadi syarikat yang paling untung sekali di Amerika.
“Sebenarnya memang dah ada kajian mengenai perkara ini sejak beratus tahun dahulu, mengenai

  • Kenapa isteri/suami lari dari rumah?
  • Kenapa prestasi anak buah merudum?
  • Kenapa anak-anak tidak dengar cakap?
  • Kenapa pelajar lemah di dalam kelas?

Keputusannya hanya menghala ke satu arah,
Tidak mendapat pujian yang sepatutnya, malah herdikan yang tidak henti.

Sumber : Jemputbaca.com

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*