Kisah Kes Yang Membingungkan Makamah Malaysia. Pembun0hnya Masih Bebas!

Kisah diceritakan dan disiarkan pada 2015 yaitu 13 tahun selepas kes pembun0han yang kejam. Penemuan may4t seorang wanita dalam keadaan tertiarap dengan kepalanya berbungkus sarung bantal, cebisan kain tuala dalam mulut dan tangan dan kaki di1kat dengan wayar seterika.

Kisah Allahyarham Norita Samsudin menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Nombor D-7-1, Kondominium Puncak Prima Galleria, Jalan 17, Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Aku takkan lupa kes pembunuhan ini kerana ia paling sensasi dan paling menarik perhatian sepanjang aku bergelar wartawan jenayah.

Segalanya bermula apabila satu pasukan polis yang diketuai Pegawai Penyiasat Kanan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Asisten Supritendan Sharul Lalli Masduki bergegas ke kondominium itu 5 Disember 2003 setelah menerima maklumat terdapat kes pembunuhan di kediaman tersebut.

Sesampainya di sana, Sharul terus menuju ke bilik gadis tersebut lalu membuka pintunya dan mendapati sekujur tubuh wanita yang kemudiannya dikenal pasti sebagai Noritta dilihat berselimut hingga paras leher.

Mangsa berada dalam keadaan terlentang di atas tilam tanpa katil.

Hanya bahagian muka kelihatan, kepala mangsa menghadap tingkap bilik dan mangsa terbaring hampir ke dinding dengan kedua kakinya diikat dengan wayar dan coli berwarna hitam. And the rest is history.

Tak silap aku antara wartawan yang terawal berada di lokasi pembunuhan adalah rakan sepejuanganku dr TV3, Shamsul Abas

Aku dan jurufoto Kapten Poyo pula adalah antara beberapa petugas media yang paling awal sampai di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membuat liputan kes berkenaan.

Malah aku satu-satunya wartawan di bilik mayat tersebut yang berpeluang melihat sendiri wajah mangsa dan mengusungnya selepas dikafankan setelah selesai proses bedah siasat oleh Pengarah Institut Perubatan Forensik Negara, Dr. Ab. Halim Mansar.

Seperti mana pelawak Allahyarham Yus Jambu, Noritta juga adalah anak kelahiran Perlis dan jenazahnya juga dibawa pulang untuk dikebumikan di kampung halamannya di sana.

Maaf, aku tak mahu mengulas panjang mengenai kes ini kerana benda dah pun berlalu dan banyak perkara yang tak sesuai untuk ditulis di sini.

Cuma aku agak terkilan kerana sehingga kini, selepas 12 tahun, pembunuhnya masih ‘BEBAS’ di luar sana dan sampai ke sudah kita semua tertanya-tanya, siapa sebenarnya yang membunuh Noritta?

Satu-satunya suspek, seorang jurutera MBSA yang ditangkap polis, akhirnya terpaksa dibebaskan setelah mahkamah mendapati kemungkinan terdapat ‘lelaki lain’ yang melakukan pembunuhan tersebut.

Walaupun terdapat bukti kehadiran DNA suspek berkenaan, namun terdapat satu lagi bukti DNA lelaki yang tidak dikenali pada jasad mangsa dan ‘lelaki yang tidak dikenali’ inilah yang gagal dikesan hingga ke hari ini.

Hakim Tan Sri Zaki Tun Azmi semasa membacakan penghakiman kes itu berkata, kehadiran seorang lelaki dengan bau badan yang busuk dalam apartmen Noritta dan juga DNA seorang lelaki yang tidak dikenali yang dibuktikan secara saintifik yang ditemui pada tubuh Noritta, merupakan bukti paling menjejaskan pendakwaan kerana bukti itu tidak disangkal.

Sepanjang membuat liputan kes berkenaan, memang banyak rumours, memang banyak gosip dan andaian – namun akhirnya yang mahkamah mahu lihat adalah bukti dan bukannya dengar cakap atau ‘hearsay’.

Al-Fatihah buat Noritta Bt Samsudin. Moga suatu hari mereka yang bertanggungjawab atas kematiannya, dapat dibawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang setimpal atau perbuatan mereka.

Wallahualam.

SAK: Masih terbayang wajah tenang arwah masa di atas stretcher bilik mayat HKL. Persis seperti orang yang sedang tidur saja…

Sumber: fb Syahril A. Kadir

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*