Langgar Lampu Merah Dan Lihat Telefon, Siapa Yang Salah, Pemandu Kereta Atau Penghantar Makanan?

Sejak kebelakangan ini, penunggang motorsikal yang menghantar makanan atau “Food Rider” semakin bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Situasi ini terjadi akibat ramai yang hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan akibat wabak pandemik covid-19 ini.

Tapi acapkali kita lihat dan terjadi dihadapan kita bahawa pemandu motorsikal penghantar makanan ini melanggar lampu isyarat dan seolah bermain telefon bimbit ketika sedang menunggang.

Alasan yang mereka sering beri adalah, ingin menyelesaikan tugas didalam jangka masa yang ditetapkan atau ingin melihat peta di dalam telefon.

Baru – baru ini, tular di laman sesawang twitter, tentang kemalangan seorang pemandu kereta wanita dan penunggang motorsikal penghantar makanan yang ralit melihat telefon bimbitnya.

Rata2 nitizen di twitter menunjukkan sokongan ke atas twit tersebut dimana menegakkan hak si pemandu kereta.

Selalu kita lihat, setiap kali kemalangan antara pemandu kereta dan penunggang motorsikal terjadi, mesti pemandu kereta yang akan dipersalahkan tanpa asal usul. Benar atau tidak?

Reaksi Pengguna Twitter

Percayalah wahai pemandu dan penunggang sekalian, banyak lagi cara yang kita boleh buat selain dari membahayakan nyawa kita sendiri.

Bagi pemandu kereta, anda punya kelebihan sendiri apabila anda dapat melihat dan mendengar gps yang sedang aktif menunjukkan arah destinasi.

Penunggang motorsikal pula, Admin Cheras Daily ingin berkongsi tips untuk anda. SILA PAKAI FON TELINGA ATAU EARPHONE dan belajar cara mendengar arahan yang diberikan oleh aplikasi gps tersebut. Bukankah, arahan itu sangat mudah dan jelas, mungking kekok bagi anda yang baru belajar menggunakan dengan cara mendengar tanpa melihat.

Tapi admin tak cakap semua, cuma hanya segelintir penunggang motorsikal yang bersifat seperti otaknya hanya berfungsi separuh. Admin Pun penunggang motorsikal juga… Apa2 pun,

Jadilah Penunggang Motorsikal Yang Punya Akal Dan Fikiran. Sekian.

Sumber : Twitter

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*