Macam ini Rupanya Buat Notifikasi Bila Bateri Penuh Semasa Tengah Cas! Selamat Mencuba!

Telefon pintar sememangnya sudah menjadi satu keperluan asas bagi kita semua. Ianya adalah gajet yang paling penting dalam urusan kehidupan seharian kita. Namun, ada satu masalah yang selalu mengganggu kita, masalah itu adalah bateri.

Ada yang menganggap bahawa salah satu punca bateri telefon pintar kita cepat rosak adalah kerana terlampau lama dicas.

Manakan tidak, sebelum tidur pastinya kita akan mengecas telefon kita dan apabila ianya sudah penuh dalam masa satu atau dua jam, kita tidak dapat mencabutnya daripada wayar pengecas kerana tidak menyedari bahawa bateri sudah penuh.

Lantaran itu, seorang pengguna Twitter bernama @fatinnashar ada berkongsikan tentang salah satu cara untuk memastikan bahawa kita menyedari bahawa bateri telefon pintar yang sedang dicas itu telah penuh dengan hanya membuat tetapan.

Menurutnya, tetapan ini hanya boleh dibuat di telefon pintar jenis iPhone yang telah dikemas kini dengan software IOS14 sahaja. Namun begitu, tidak dapat dipastikan sekiranya telefon pintar dan perisian lain juga boleh melakukan kemudahan ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana cara untuk membuatnya, anda boleh menonton video yang dikongsikan di Twitter oleh @fatinnashar:

“Telefon bimbit saya akan memberitahu saya bila bateri mencapai 100%. Tiada lagi overcharging”

Ini pula adalah hasil daripada tetapan yang telah dibuat itu:

Sumber : Jemputbaca & Twitter

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*