Perlawanan Semula Khabib Dan McGregor? McGregor Dakwa Khabib Bersara Kerana Elak Berjumpanya

Conor McGregor mendakwa Khabib Nurmagomedov mengumumkan persaraan kerana mahu mengelak daripada tewas jika kedua-duanya bertarung kali kedua di UFC.

Khabib yang tidak pernah tewas, mengumumkan persaraannya minggu lalu selepas menewaskan Justin Gaethje di UFC 254.

Bintang Ireland itu tewas menerusi gerakan kuncian dua tahun lalu ketika bertemu Khabib di Las Vegas.

Selepas itu, kedua-duanya sering bertelagah antara satu sama lain ketika sesi temuramah atau pun di media sosial.

Bagaimanapun ketika ditanya pendirian sebenarnya mengenai Khabib di Twitter, McGregor berkata: “Seorang petarung yang luar biasa.”

“Yang terbaik ketika era ini. Bagaimanapun saya sudah mempunyai jawapan (untuk menewaskannya) dan mereka menyedarinya.”

Khabib menewaskan Dustin Poirier dan Gaethje selepas kemenangan ke atas McGregor sebelum mengumumkan persaraannya minggu lalu.

Dia bersara selepas melebarkan rekod bersih 29-0 kerana sudah berjanji kepada ibunya bahawa pertemuan dengan Gaethje adalah pertarungan terakhirnya.

Bagaimanapun, Presiden UFC, Dana White menjangkakan Khabib akan kembali beraksi semula.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*