Sampai Ke Thailand Isu Harimau Menangis Ni Rupanya, Rakyat Malaysia Pun Amik Tindakan.

Siapa agaknya yang tidak kenal dengan produk ‘paling’ hangat di pasaran ketika ini, daging Harimau Menangis keluaran Aunty Tini Kitchen yang sering menjadi antara subjek utama dalam insta story selebriti popular tanah air sejak kebelakangan ini.

Namun, timbul kontroversi apabila pihak Perbadanan Harta Intelek (myIPO) dikatakan telah menasihati ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed agar tidak mendahului pihaknya dengan mendakwa jenama daging Harimau Menangis itu telahpun didaftar sebagai hak eksklusif dan cap dagangan.

Perkara ini telahpun dimuat naik menerusi satu hantaran di laman sosial Twitter myIPO pada Rabu.

Walaubagaimana pun, perkara ini masih dalam proses pemeriksaan.

” Crazy on how rich people can simply tindas other small sellers…”
Melihat kepada isu ini serta komen yang diberikan oleh netizen menerusi ruangan twitter, rata-rata ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan ibu kepada Neelofa ini.

Malah, ada yang beranggapan status kekayaan menjadi kayu pengukur kepada kes penjenamaan produk makanan tersebut.

Namun, ada segelintir netizen yang menasihatkan agar ibu Lofa tampil menjelaskan perkara tersebut supaya tidak timbul sebarang kontroversi sehingga ianya jatuh fitnah.

Netizen siap tunjuk bukti!

Memandangkan isu daging harimau menangis menjadi perdebatan hangat dikalangan netizen, ada juga nampaknya yang sempat menunjukkan bukti bahawa perkataan daging harimau menangis ini adalah perkataan biasa yang terkandung di dalam kamus dewan.

Apapun, semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan netizen tidak cepat melatah sehingga timbulnya fitnah diantara kedua belah pihak okay!

Isu Daging Harimau Menangis Sampai Ke Thailand, Rakyat Malaysia Bersatu Hati Mohon Maaf

Nampaknya isu tentang trademark ‘Daging Harimau Menangis’ yang dilakukan oleh Datin Noor Kartini Noor Mohammed iaitu ibu kepada pengacara Noor Neelofa masih lagi belum selesai apabila isu itu telah sampai ke negara jiran iaitu Thailand!

Negara Thailand sememangnya terkenal dengan syurga makanan serta sos yang dihasilkan oleh mereka turut menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia.

Seorang pengguna laman Twitter yang merupakan warganegara Thailand telah memuat naik satu twit berkenaan isu tersebut.

Tanpa disangka, twit berkenaan telah mendapat perhatian ramai warga Thailand dan juga warga Malaysia sendiri.

Ada beberapa warganet dari Thailand memberitahu bahawa mereka tidak pernah terfikir untuk meletakkan trademark kepada makanan yang dihasilkan walaupun ada beberapa makanan dari Thailand kini terkenal di luar negara.

Maka dengan itu ramai warganet dari Malaysia bersatu hati meninggalkan komen di twit berkenaan serta memohon maaf atas apa yang berlaku.

Secara tak sengaja, ramai warga Malaysia pandai berbahasa Thailand walaupun hakikatnya semuanya menggunakan bantuan Google Translate sahaja.

Terkini, Datin Kartini telah membuat permohonan maaf dan memaklumkan bahawa trademark itu bukan merujuk atas nama daging ‘harimau menangis’ sebaliknya untuk rekaan pada tulisan perkataan itu sahaja.

Tambahnya lagi, permohonan itu hanya untuk melindungi penggayaan, susur alur grafik, kod warna dan tulisan pada perkataan ‘Harimau Menangis’ di bungkusan produk itu bagi mengelak sebarang kekeliruan pada produk tiru4n sahaja.

Foto aksi adik Neelofa seperti Harimau Menangis?

KUALA LUMPUR – Adik selebriti popular, Neelofa yang juga personaliti media sosial, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan kembali menjadi perhatian netizen susulan aksi bergambar di media sosialnya.

Ameera dilihat memuat naik foto yang memaparkan dia membongkokkan badan di Instagram miliknya.

Namun foto tersebut menjadi bualan hangat netizen yang kurang senang dengan aksi tersebut.

Bagaimanapun, ada beberapa netizen memberi komen sindiran mengaitkan dengan isu sebelum ini apabila menyamakan gaya tersebut seperti Harimau Menangis.

Sebelum ini, ibunya iaitu Datin Noor Kartini dikecam te-ruk berikutan isu trademark Harimau Menangis.

Namun, isu itu mula reda apabila Noor Kartini membatalkan trademark tersebut serta membuat permohonan maaf.

Dia menjelaskan bahawa permohonan itu bukanlah merujuk kepada nama daging ‘Harimau Menangis’ namun hanyalah pada rekaan logo tulisan perkataan itu.

Ujarnya lagi, mereka telah mendaftar rekaan ejaan untuk produk itu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan terutamanya produk tiruan. – MalaysiaGazette

kredit : Trendingsangat

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*