Setelah Sajat Mengaku Tukar Jantina, Persoalkan Tentang Ibadahnya, Sekali Ustaz Ini Beri Penjelasan

SELEPAS membuat pengakuan menukar jantina, usahawan kosmetik, Nur Sajat mengakui dia kini berdepan gangguan emosi kerana mengubah ciptaan Allah daripada lelaki kepada rupa paras wanita.

Ujar Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamarzzaman, dia mula mengalami mas4lah kekeliruan identiti dan beranggapan jiwanya terperangkap dalam tubuh yang s4lah.

“Wahai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman… walaupun kau tu ID (MyKad) lelaki tetapi anggota badan wanita. Kau tetap lelaki, lelaki berdasarkan ID tetapi cara hidup kau semua adalah wanita!

“Aku dah perempuan… kemaluan aku, tubuhku, cara hidupku semua perempuan. Aku manusia tak sempurna, aku cacat pemikiran, cacat jiwa, cacat naluri!

“Aku cuba kawal, cuba berubah, tetapi cacat ini terus kekal. Rupa-rupanya c4cat dalaman lagi kuat tamparannya, ” tulisnya menerusi Instagram pada Rabu.

Sajat tulis luahan hati di Instagram.

Bersama tulisan pada kapsyen itu Sajat berkongsi gambar tangan menutup muka dengan tulisan ‘depresi – terpuruk rasa ingin m4ti’.

Selain itu pada posting sama Sajat yang sebelum ini menafikan dia dilahirkan sebagai lelaki membangkitkan persoalan sama ada ibadahnya selama ini diterima oleh Allah SWT atau tidak.

“Adakah solat aku sah? Ustaz kata… Sajat, Islam itu mudah, sesungguhnya bersolatlah cara selesa yang kamu rasa bagus untuk diri kamu, perlahan-lahan kenali Allah. Allah maha pengasih dan penyayang.

Makin dekat aku dengan agama, makin sayang, makin cinta… makin aku bahagia dengan Allah!

“Apabila ustaz kata macam itu, hatiku kuat dengan agamaku. Makin dekat aku dengan agama, makin sayang, makin cinta… makin aku bahagia dengan Allah.

“Aku buat kerja sedekah, wakaf, bina pagar masjid, mimbar, tempat mandi jenazah, membayar zakat setiap bulan, bersedekah selalu tak kira agama dan sebagainya adalah cara aku nak tunjuk aku sayang Allah,” ujarnya.

Pada Rabu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan menjalankan siasatan terhadap Muhammad Sajjad baru-baru ini.

Sajat sebelum ini bersedekah dan buat amal kebajikan kerana Allah.

Jais berkata pihaknya juga mengambil maklum berhubung video tular yang dirakam Sajat ketika proses siasatan dilakukan pada 6 Januari lalu.

Sajat disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No 5 Tahun 1995.

“Ia berikutan tindakannya di Selangor dan beberapa aduan yang diterima mengenai perlakuan dia (Sajat) pada tahun 2018 dan 2020,” demikian menurut kenyataan Jais.

Terdahulu, Sajat menerusi Instagram miliknya mendakwa Jais seperti melengah-lengahkan urusan surat jaminan dan turut menyebabkan kecederaan kepadanya ketika proses siasatan dijalankan di Ibu Pejabat Jais di Shah Alam.

Sebelum ini Sajat turut menimbulkan kontroversi apabila berpakaian wanita ketika melakukan ibadah umrah di Makkah.

Dalam pada itu Islam melarang mana-mana kaum yang dilahirkan sebagai lelaki berubah menjadi wanita dan begitulah sebaliknya bagi perempuan menjadi lelaki.

Larangan itu disebut dalam sebuah hadis Rasulullah yang Sabda Baginda: Allah melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki. – [HR Bukhari 5435].

Bagaimanapun Allah tetap mengampun umatnya yang bertaubat atas segala kesilapan dilakukan.

Ia disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, Nabi SAW bersabda yang maksudnya; Sesungguhnya hamba, jika dia mengakui dosanya dan kemudian dia bertaubat, nescaya Allah SWT menerima t4ubatnya.

Adakah amalan orang tukar jantina diterima? Allah itu maha pengasih asalkan setiap pendosa itu bert4ubat

ISU lelaki berpakaian wanita dan sebaliknya sama ada secara nyata ataupun melalui lakonan drama televisyen telah banyak diperkatakan serta diperjelaskan menerusi sudut pandang pakar-pakar agama.

Apa jua alasan, perbuatan itu adalah salah walaupun ia sekadar dijadikan bahan hiburan untuk tontonan awam.

Bagaimapun ketika usahawan kosmetik iaitu Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamarzzaman, 36, membuat pengakuan terbuka dilahirkan sebagai lelaki dan kemudian menukar jantina, perkara itu turut menjadi perdebatan umum terutamanaya pemilik media sosial yang memberi pelbagai pandangan dan ulasan.

Sajat sendiri mengakui turut berdepan dengan gangguan emosi kerana mengubah ciptaan Allah SWT selain mempersoalkan beberapa perkara termasuk sama ada ibadahnya selama ini diterima atau pun tidak.

Penulis kolum Addin mStar, yang juga penceramah bebas, Dr. Nur Muhammad Hadi Zahalan diminta untuk memberi penjelasan supaya tidak timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat berhubung perkara ini.

Katanya, Islam merupakan satu cara hidup yang tidak boleh dan tidak akan serupa dengan agama-agama lain.

“Sebesar-besar nikmat anugerah Allah kepada kita adalah nikmat Iman dan Islam. Islam bukan sekadar ‘agama’ yang dihayati dan dipraktikkan dalam upacara-upacara tertentu dan bukan juga ‘agama’ yang terbatas kepada tempat-tempat tertentu, bahkan Islam sebenarnya adalah cara hidup. Setiap urusan hidup mestilah diserasikan dengan Islam,” katanya.

Penulis segmen Addin mStar, Dr. Nur Muhammad Hadi Zahalan menjawab persoalan ditimbulkan Sajat.

Agama Islam jelas Dr. Hadi adalah agama fitrah dan sesuai dengan sifat semula jadi manusia. Ini dapat dibuktikan segala tuntutan naluri manusia dapat dipenuhi oleh Islam. Antaranya terdapat agama lain menghalang perkahwinan sedangkan dalam agama Islam digalakkan berkahwin.

Islam juga katanya, bukan hanya daripada sudut akidah bahkan ia merangkumi syariat dan akhlak. Oleh kerana itu, setiap tindak tanduk yang kita kerjakan akan berpaksi kepada tiga perkara ini. Sama ada ia melibatkan hal akidah, syariat ataupun akhlak.

Berhubung isu melibatkan Sajat, Dr. Hadi turut menjawab persoalan ditimbulkan oleh usahawan kosmetik itu.

1. Terperangkap dalam tubuh yang salah

Perkataan ini sebenarnya boleh membahayakan akidah seseorang. Ini kerana jika dia menganggap bahawa Allah melakukan kesilapan maka ia perlu segera bertaubat kepada Allah.

Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Firman Allah di dalam Surah At-Tiin ayat ke 4: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Sajat menyifatkan dia terperangkap dalam tubuh yang salah.

Seseorang itu mungkin keliru dengan identiti mereka disebabkan mereka tidak ada usaha untuk mengenal diri dan kelebihan yang Allah telah berikan kepada mereka.

Apa yang patut mereka lakukan adalah dengan meredai Qada dan Qadar yang telah ditentukan Allah. Qada’ dan Qadar merupakan salah satu daripada rukun Iman yang wajib kita percaya.

Firman Allah di dalam Surah Al-Qamar ayat 49: Sesungguhnya Kami telah menciptakan sesuatu takdir (yang telah ditetapkan).

2. Berubah daripada lelaki kepada wanita atau daripada wanita kepada lelaki

Matlamat tidak menghalalkan cara. Itulah satu ungkapan yang sesuai bagi mereka yang mahu melakukan sesuatu perkara dengan tujuan yang baik tetapi dengan cara yang salah yang mana melanggar hukum hakam agama.

Larangan bagi seorang lelaki berpakaian wanita atau sebaliknya ada di dalam sebuah hadis Baginda Rasulullah. Sabda Baginda: Allah melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki. – [HR Bukhari 5435]

Perlu difahami perkataan laknat yang disebutkan di dalam hadis ini mempunyai makna dan impak yang sangat besar bagi mereka yang memikirkan ancaman daripada Baginda Rasulullah. Kata para alim ulama perkataan laknat seperti di dalam hadis ini bererti jauh daripada kerahmatan Allah, jauh daripada kemuliaan Allah dan jauh daripada keampunan Allah.

Jika berpakaian perempuan pun sudah dilaknat oleh Allah, apatah lagi menukar alat kelamin daripada lelaki kepada perempuan atau dari perempuan kepada lelaki.

3. Adakah golongan sebegini diterima amalan-amalan mereka seperti solat, sedekah, wakaf dan lain-lain?

Allah tidak akan sesekali menzalimi mana-mana hambanya yang ingin kembali kepadaNya. Firman Allah didalam Surah An-Nisa’ ayat ke 40: Sesungguhnya Allah tidak menganiayai seseorang walaupun sebesar zarah. Dan jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipatgandakannya dari sisiNya pahala yang besar.

Dalam ayat tersebut, kalimah ‘sesungguhnya Allah tidak menganiayai seseorang walaupun sebesar zarah’, bererti mustahil bagi Allah menz4limi seluruh makhluk ciptaanNya.

Ayat ini bukan hanya mengisyaratkan tidak melakukan kezaliman, melainkan memberikan rahmat dan kasihnya. Tetapi Allah juga akan melipatgandakan amal manusia walaupun amal itu hanyalah sebesar zarah.

Selagi mana seseorang itu beriman kepada Allah dan tidak menolak sebarang ajaran Islam maka ia masih dikira Islam walaupun melakukan d0sa besar dan apabila seseorang itu bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat maka Allah akan mengampuni segala dosa yang dilakukan.

Firman Allah di dalam Surah Az-Zumar ayat 53: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

“Saya menasihatkan kepada mereka yang ingin kembali kepada Allah supaya terus istiqamah dalam perubahan. Mohonlah keampunan daripada Allah dengan sebenar-benar taubat kerana pintu kasih sayang Allah sentiasa terbuka kepada mereka-mereka yang ingin mendapatkannya,” katanya.

Sabda Rasulullah: Setiap umatku diberikan kemaafan melainkan golongan al-mujahirin (yang menzahirkan dosa). Sesungguhnya di antara perbuatan mendedahkan dosa itu adalah, seorang lelaki itu melakukan perbuatan dosa pada satu malam. Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaiban dirinya. Lalu dia menceritakan kepada orang lain dengan katanya: ‘’Wahai si fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan dosa itu dan ini’’. Sedangkan dia telah tidur dalam keadaan Allah menutup keaiban dirinya, lalu dia bangun dan mendedahkan apa yang Allah tutupkan dari dirinya. – [HR Bukhari 6069].

kredit : Trendingsangat dan Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*