Siapa Dia Ni? Rupanya Bukan Baru Sekali Dikecam, Pernah Dikecam Berbaju Ketat.

Baru – baru ini tular tentang seseorang yang mengulas tentang perbuatan Shuk Sahar Curang. Isu ini dapat menarik perhatian banyak warganet sehinggalah Menteri Agama dan Mufti Sendiri! Mana taknya tuduhan tak berasas beliau yang berbicara seperti tidak ada rasa salah dan malu. Ayat yang paling tidak dapat diterima ramai pihak iaitu “Curang Dengan Izin Allah”… Hasil penilikan nitizen mendapati, ini bukan sekali beliau buat hal rupanya dah banyak kali.

 Siapakah Andika?

Baiklah, nama saya Muhamad Andika Putera, mesra dipanggil Dika. Saya bekerja sebagai penasihat kecergasan dan jurulatih peribadi. Saya juga aktif berniaga di media sosial sejak berumur 15 tahun lagi. Hobi sudah tentunya bersenam di gim. Saya lahir pada tanggal 16 Oktober 1997 di Kedah namun dibesarkan di Pahang. Saya bongsu dari 3 adik beradik.

Bagaimana saya boleh terkenal? Sebenarnya bermula dengan Facebook di mana saya ada merakam video Gwiyomi pada tahun 2013 dengan kakak saya, Suhaili Salleh. Sewaktu itu badan saya amat kurus dan sekelip mata saya dikategorikan sebagai “lembut”. Sejak penularan video itu, saya diviralkan dengan jolokan lelaki lembut dan gay. Enggan kekal dengan tubuh sama, bermula umur 19 tahun saya mula membuat badan hinggalah sekarang.

Saya treat pengikut saya dengan aktif menjawab soalan mereka di post feed di wall laman Instagram saya. Contohnya, ramai bertanya tip-tip terbaik untuk mendapatkan badan yang tegap dan sasa. Walaupun jawapan diberikan kepada mereka jawapan umum, namun syukurlah ia membantu. Saya juga jarang sekali meletak gambar-gambar badan yang ‘garang’ kerana ia boleh menakutkan pengikut-pengikut saya terutama sekali kaum wanita. Itu dari pengalaman saya sendiri. Jadi, saya kena pandai menjaga dan memberi maklum balas dengan seimbangkan pos gambar-gambar kasual dengan aktiviti harian saya di gim. Sejak dari itu, saya mulai pos gambar-gambar kondisi tubuh dengan kepsyen berbau motivasi. Alhamdulillah, pengikut saya bertambah sejak dari itu.

Adakah menjadi seseorang yang popular di sosial media satu impian anda selama ini?

Of course tidak! Saya akui. memang semua orang nak jadi popular di media sosial. Tapi pada zaman sekarang ada baik buruknya. Pergi ke mana-mana orang dah mulai kenal. Tangkap gambar, kena kutuk pula. Memang privasi itu tiada tetapi itulah kenyataannya. Namun saya melihat semua ini dari sudut positif untuk memasarkan produk dan perniagaan saya. Itu tujuan utama. Mencari rezeki dengan laluan yang sudah terbentang di hadapan. Rugilah jika saya tidak mengambil peluang ini kan?

Baru-baru ini, gambar anda berbaju ketat viral dan ramai yang memberi respon berbaur termasuk memberikan komen negatif, sehingga ada yang mengelarkan anda ‘kunyit’, gay dan lain-lain. Jadi, boleh anda kongsikan pandangan anda tentang isu ini.

Itulah yang merungsingkan saya. Yang memakainya adalah saya, kenapa pula mereka yang sakit hati. Lagipun bukan saja-saja saya memakainya. Itu adalah kemeja lama saya. Sayang sekali nak buang. Membazir. Tetapi tak sangka pula hanya kerana sekeping gambar, hingga ke sudah saya dikeji. Tak semestinya lelaki-lelaki di luar sana yang memakai baju ketat itu GAY. Lagipun, saya dah lali dengan jolokan, hinaan dan cacian sebegini sejak berumur 15 tahun lagi. Senang cerita, saya dan imun. Yang pasti, hanya ALLAH sahaja tahu. Sebab saya tahu saya tak pernah songsang ke arah itu. Namun saya bersyukur, disebabkan hal ini penjualan produk saya meningkat dengan mendadak.

Selain dari itu beliau juga pernah dikecam ketika masuk Hero Ramaja.

Kredit : GLAM

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*