Wanita Ini ‘Bocor’kan Rahsia Jadi Ejen Kosmetik Tapi Pendapatan Sama Dengan Founder

Zaman pandemik Covid-19 ni memang terkesan kepada segelintir masyarakat, ada yang dibuang kerja dan ada yang dipotong gaji. Sesetengah perniagaan juga ada yang terkesan teruk sehingga terpaksa bungkus dan menjual aset syarikat.

Bagi mereka yang ingin menjana pendapatan pula, menerusi dropship, agent dan banyak lagi, pelbagai syarikat kecantikan dan pakaian menyediakan bisnes modul yang untuk anda sertai. Ada yang perlu keluarkan modal dan ada yang tak perlu modal langsung!

Pasti ada yang berfikiran, ‘dropship’ ‘agent’ ini sebagai taktik untuk meng ‘kaya’ kan ‘FOUNDER’ sahaja. Tak dinafikan janji manis dan untung yang besar sebagai umpan dalam bisnes adalah salah satu taktik buat sesetengah syarikat yang menggunakan cara ini.

Lain pula bagi usahawan ini, beliau membuktikan bahawa hanya bermula dari menjadi ‘Agent’ atau ‘stokis’ pendapatannya sebulan setanding dengan ‘founder’. Mari kita kenali seorang usahawan kosmetik dan rahsia disebalik kejayaannya sehingga pernah mencecah Jualan sebanyak RM1 juta dalam Masa satu jam!

Bermula hanya menjadi ejen kepada produk kosmetik terkenal, Obsess Cosmetics (Obsess) pada tahun 2016,  Syiera Lotfee, 28 kini menjadi usahawan berjaya dan mampu meletakkan dirinya dalam kelasnya yang tersendiri.

Kegigihan Nur Insyirah atau dikenali sebagai Syiera Lotfee memajukan dirinya dalam perniagaan berbaloi apabila kedudukannya sebagai ejen dan kini menjadi pengurus dan rakan perniagaan kepada pemilik Obsess Cosmetics, Hafizatul Atikah.

Malahan, beliau kini mempunyai syarikat sendiri iaitu Beautyfam Worldwide Services yang beroperasi di Shah Alam, Selangor.


“Saya bermula daripada bawah dengan menjadi ejen kepada Obsess bermodalkan RM1,200 selepas tamat belajar. Saya menceburi bidang perniagaan selepas gagal mendapat pekerjaan kerana saya pemalu dan tidak berani dalam pengucapan awam.

“Saya mahu mengubah diri menjadi seseorang yang boleh memberikan manfaat kepada orang lain. Saya yakin dengan berniaga saya boleh membantu wanita terutamanya dalam kalangan suri rumah menjana pendapatan sendiri dan membantu perbelanjaan keluarga,” katanya kepada Sinar Harian.

Tanpa menoleh ke belakang lagi, berbekalkan minat yang mendalam untuk menjadi usahawan, Syiera mencabar diri untuk terlibat dalam perniagaan Obsess hanya atas talian (online) dan bermula dari rumah sahaja.

“Saya belajar satu persatu mengenai perniagaan dan saya memberanikan diri bercakap dengan orang awam. Malahan, saya meningkatkan kemahiran dalam bidang pemasaran dan menerokai perniagaan digital serta berguru dengan mereka yang pakar dalam bidang pemasaran.

“Alhamdulillah, tanpa mengambil masa yang lama, pada tahun 2019 saya telah mampu menghasilkan jualan tujuh angka dan dipelawa menjadi rakan kongsi kepada Obsess. Bermula dari situ, saya yakin dengan Obsess dan memegang tanggungjawab yang besar untuk terus memajukan Obsess bersama ejen dan stokis,” katanya.

Berkembang pesat

Menurut Syiera, perniagaan yang dijalankannya hanya menggunakan platform online sahaja dan berkembang pesat di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

“Buat masa ini, saya mempunyai 2,500 ejen dan 30 stokis yang bersama saya menjual produk Obsess yang mempunyai 10 rangkaian barangan kosmetik bermula pada harga RM40 hingga RM59 dan semuanya mencatatkan jualan yang memberangsangkan.

Katanya, produk Obsess diformulasikan sendiri oleh pengasasnya, antara produk Obsess ialah Obsess Cosmetics Foundation, Obsess Cosmetic Jar Of Hearts Cream Blush, Obsess Eyeliner+Eyebrow Pencil, Obsess Cosmetic Mascara dan Obsess Liptint Velvet.

“Obsess mula mengeluarkan produk pertamanya iaitu Foundation atau bedak asas dan seterusnya mengeluarkan sembilan rangkaian produk lain dalam tempoh empat tahun untuk memenuhi permintaan pengguna.

“Sejak awal lagi saya berkeyakinan dengan produk Obsess kerana pemiliknya merupakan jurusolek terkenal dan sudah pasti produk kosmetik yang dikeluarkan berkualiti dan memenuhi permintaan pengguna,” katanya yang memiliki Diploma Pelancongan dari sebuah koleh swasta di Shah Alam.

Syiera berkata, beliau terlebih dahulu menggunakan produk Obsess untuk dirinya sendiri sebelum beliau mengambil keputusan menjual produk berkenaan.

“Saya mahu pelanggan yakin dengan produk Obsess. Alhamdulillah, semakin hari Obsess semakin dikenali, malahan ada dalam kalangan ejen dan stokis telah berjaya menghasilkan jualan sebanyak enam angka,” katanya.

Tambahnya, sebagai usaha menghargai komitmen ejen dan stokis, beliau memberikan pelbagai hadiah menarik antaranya kereta, pakej percutian, barang kemas, wang tunai dan sebagainya.

Sasar peningkatan jualan 50 peratus

Menurut Syiera, pada tahun 2021, beliau akan menceburi bidang baharu dengan berkolaboratif dengan Obsess untuk mengeluarkan produk penjagaan kulit selain memfokuskan produk kosmetik sedia ada.

“Kami menjangkakan akan mengeluarkan lima produk penjagaan kulit untuk memenuhi permintaan pengguna. Kami juga akan memiliki ‘showroom’ sendiri yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam menjelang akhir Januari 2021,” katanya.

Beliau berkata, syarikat juga menyasarkan jualan meningkat kepada 50 peratus pada tahun 2021 berbanding pada tahun ini meskipun berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Saya optimis sasaran ini akan dicapai dipacu oleh strategi syarikat yang merancang untuk menambahkan bilangan ejen dan stokis sekali gus mengukuhkan kedudukan syarikat dalam pasaran.

“Untuk menjadi stokis, mereka hanya perlu mengeluarkan modal berjumlah RM5,000 manakala untuk menjadi ejen pula hanya RM500. Mereka juga boleh mendapatkan maklumat mengenai produk di platform media sosial seperti instagram obsess.cosmetics dan laman web di www.obsesscosmetics.com.

“Mereka yang berminat untuk menjadi stokis dan ejen boleh menghubungi 016- 2735408 dan 016-2755408,” katanya.

Beliau berkata, syarikatnya juga akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk bertemu ejen dan stokis serta mengadakan seminar.

“Kami juga akan meneruskan mengadakan program berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan melalui program tanggungjawab sosial korporat,” katanya.

Katanya, sempena Jualan Akhir Tahun, pihaknya juga menawarkan promosi produk AYUMI yang mempunyai set lengkap produk Obsess pada RM276 sahaja berbanding sebelum ini RM307.

Untuk mengikut jejak langkah Syiera boleh Whatsapp
016-2735408 Dan 016-2755408

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*