DS Anwar Ibrahim Sudah Tiba Di Istana Negara, Apakah Keputusan YDP Agong

Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara sebentar tadi untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan senarai Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya.

Ketua Pembangkang itu tiba di Pintu 2 Istana Negara sekitar jam 10.25 pagi menaiki kereta jenis Jaguar berwarna hitam, diiringi satu lagi kereta Volkswagen hitam.

Pada 8 Oktober lalu, Anwar memaklumkan mendapat perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya.

Pada satu sidang media di sebuah hotel di ibu negara pada 23 September lalu, Anwar mendedahkan mempunyai sokongan kukuh daripada ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Terdahulu, Anwar yang juga Presiden PKR dalam hantaran di Facebook pagi ini berharap urusan beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini dipermudahkan.

“Semoga dipermudahkan urusan hari ini,” katanya dalam hantaran itu yang disertakan gambar beliau bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*