Guna Alasan Darurat Untuk Tangguh Pilihan Raya, Bukan Jalan Yang Terbaik. Sebaliknya…

Bukan langkah terbaik menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK)  Batu Sapi dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, dengan melaksanakan darurat kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, apa yang diperlukan adalah persefahaman di antara semua pihak dalam usaha mengurangkan kesan penularan COVID-19.

Katanya, pengisytiharan darurat hanya akan mencetuskan kesan lebih besar jika dilaksanakan.

“Saya memahami kebimbangan Perdana Menteri semasa menyampaikan perutusan khas petang semalam mengenai pengendalian PRK Batu Sapi dan PRN Sarawak dalam situasi Malaysia masih berdepan dengan suasana pandemik.

“Namun memohon pengisytiharan darurat sebagai alasan dan cara untuk menangguhkan kedua-duanya bukan saja tidak perlu tetapi bukan jalan terbaik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Ketika ini, Mohamad berkata apa paling mustahak adalah persefahaman antara segenap pihak merentasi politik kepartian.

Beliau berkata, jika wujud persefahaman yang boleh ditagih dalam tempoh getir ketika ini, maka Parti Warisan Sabah (WARISAN) diberi laluan sekali gus PRK Batu Sapi boleh dielakkan.

“Umum mengetahui Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding di Batu Sapi dan gesaan saya ialah parti lain juga memberikan laluan kepada WARISAN bertanding di Parlimen Batu Sapi tanpa dicabar.

“Ini sebagai menghormati mendiang Datuk Liew Vui Keong, bekas Ahli Parlimen Batu Sapi dan mengelakkan PRK diadakan waktu ini.

“Jika persefahaman sebegini boleh diusahakan, maka kita boleh memberi laluan kepada WARISAN dalam PRK Batu Sapi sebagai permuafakatan nasional mengurangkan impak wabak COVID-19 kepada masyarakat. Jika ini berlaku, PRK Batu Sapi tidak diperlukan,” katanya.

Mengenai PRN Sarawak, Mohamad berkata, tempoh matang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan adalah 7 Jun tahun depan sekali gus kerajaan negeri mempunyai masa dan dapat mengelak DUN dibubar dalam tempoh krisis kesihatan ketika ini.

Dengan tempoh masa itu, katanya, ia membolehkan PRN Sarawak diadakan pada Ogos 2021.

“Bayangkan implikasi darurat jika diisytiharkan, hanya untuk mengelakkan PRN Sarawak sedangkan ia boleh diadakan paling lewat 10 bulan akan datang.

“Saya sangat meyakini kebijaksanaan Ketua Menteri Sarawak dan pastinya beliau akan membuat keputusan terbaik dengan mengambil kira pelbagai dimensi kepentingan umum sebelum membubarkan DUN Sarawak,” katanya.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkeupayaan mengendalikan pilihan raya dalam keadaan apa sekalipun, sesuai keperluan Perlembagaan.

Katanya, terserah kepada SPR untuk membuat keputusan bagaimana suruhanjaya itu akan mengendalikan pilihan raya dengan protokol kesihatan sewaktu pandemik.

Semua pihak perlu menghormati kearifan tindakan Yang di-Pertuan Agong menolak darurat, mempertahankan Perlembagaan dan mengiktiraf pencapaian baik kerajaan mengawal pandemik waktu ini,” tambahnya.

Sumber : BHarian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*