PAS Buka Mulut, Tak Patut Selesaikan Macam Tu, Bincang Dulu.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyifatkan kemelut politik yang berlaku di Perak sepatutnya diselesaikan menerusi meja rundingan terlebih dahulu, sebelum mengusulkan undi percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, semalam.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya akan melihat dan memantau perkembangan politik di negeri itu dalam tempoh terdekat.

“Saya rasa banyak faktor yang menyumbang kepada usul undi percaya, selain jawatan Menteri Besar mungkin disebabkan faktor dalaman serta sebagainya.

“Tapi bagi kita sebenarnya apa masalah itu kena tengok penyelesaian secara menyeluruh bukan sahaja di satu negeri kerana ia juga membabitkan negeri-negeri lain, Kerajaan Pusat dan sebagainya

“Pendirian PAS, kita tidak akan bersama kerajaan baharu. Kita mempunyai Exco dan apabila kerajaan baharu dibentuk, kita tidak ada Exco,” katanya ketika ditemui di Taman Desa Wangi, di sini, hari ini.

Terdahulu, PAS tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan Perak yang baharu susulan keputusan penolakan usul undi percaya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan berkata, PAS akan terus berperanan seperti biasa dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional.

Media semalam melaporkan, Ahmad Faizal gagal memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam usul undi percaya terhadapnya.

Sebanyak 48 undi tidak menyokong usul berkenaan dan hanya 10 yang menyokong, manakala terdapat satu undi rosak atau berkecuali.

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*