Pelakon Dira Abu Zahar Kini Bergelar Datuk , Terima Anugerah DPSM

Pengacara yang juga Pelakon yang kini bergiat aktif dalam dunia politik, Dira Abu Zahar dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

Dira atau nama sebenarnya Khaidiriah Abu Zahar, 36, merupakan antara 298 individu yang menerima darjah bintang dan pingat kebesaran pada sesi akhir Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka.

Acara tersebut bersempena sambutan ulang tahun ke-71, Yang Di Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada Ahad.

Dira yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO mula aktif dalam politik selepas memperlahankan aktivitinya dalam bidang seni sekitar 2015.

Berhasrat menyambung legasi yang ditinggalkan Allahyarham bapanya yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka Kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Ithnin, Dira tekad untuk menabur bakti pada masyarakat dan berbakti pada negara.

Dalam pada itu, laman Instagram Dira turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa yang dititipkan rakan-rakan dan para peminat yang tumpang berbangga dengan pencapaian yang diperolehinya.

Sumber : Sinar Harian & Ig Dira Abu Zahar

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*