“Saya tidak tahu kenapa beliau mahu menubuhkan parti baharu” Tidak Akan Berjaya Kalau Berasaskan Golongan Muda – Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, untuk menubuhkan parti khusus golongan muda, tidak akan berjaya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, biarpun golongan muda mewakili majoriti yang besar dalam senarai pemilih, namun ia masih tidak mencukupi untuk memenangi sesebuah kawasan pilihan raya.

“Saya tidak tahu kenapa beliau mahu menubuhkan parti baharu (khusus golongan muda), saya berpendapat ia tidak akan berjaya kerana kita memerlukan sokongan daripada semua orang.

“Tidak cukup untuk menang jika kita hanya mendapat sokongan dan undi orang muda,” katanya pada sidang media.

Syed Saddiq baru-baru ini mengumumkan akan menubuhkan parti berasaskan golongan orang muda.

Pengumuman itu sekali gus menjadikan beliau satu-satunya Ahli Parlimen Bebas yang menyokong Dr Mahathir tetapi tidak menyertai PEJUANG.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, PEJUANG tiada sebarang masalah untuk bekerjasama dengan parti baharu diketuai Syed Saddiq, jika berkongsi prinsip dan perjuangan yang sama untuk menentang rasuah.

Sumber : Berita Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*