Selepas Anwar Bentang 120 MP Pada YDP Agong, Umno Pertimbang Untuk Daripada PN. Macam Ada Yang Tak Kena

Melalui posting di Sahabat Dr Asyraf Wajdi

UMNO PERTIMBANG KELUAR PERIKATAN NASIONAL (PN)
UMNO pertimbang untuk keluar dari Perikatan Nasional (PN) dan akan memberikan syarat baharu sekiranya ingin meneruskan kerjasama.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan melalui satu kenyataan sebentar tadi.

UMNO membuat pertimbangan untuk menarik dari menyokong Perikatan Nasional dan akan memberi syarat baharu kepada kerajaan Perikatan Nasional bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

UMNO akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional (MN) agar Muafakat Nasional di daftar segera sebagai sebuah gabungan politik yang sah,” katanya memetik kenyataan tersebut.
Perkara itu diputuskan selepas UMNO mengadakan mesyuarat biro politik majlis tertinggi yang diadakan di Bangunan UMNO PWTC.

Datuk Ahmad turut memaklumkan parti itu memandang serius akan perkara itu bagi mamastikan kestabilan politik dan ekonomi dapat ditingkatkan.

UMNO berpandangan kestabilan politik sangat penting dan pertumbuhan ekonomi mesti ditingkatkan. Sebarang keputusan UMNO lakukan adalah untuk manfaat rakyat, agama, bangsa dan negara.UMNO akan terus berjuang demi kepentingan rakyat untuk memastikan pandemik Covid-19 dapat ditangani oleh kerajaan dan pihak yang berkaitan dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat dan negara,” ujarnya.

Sumber – FB Sahabat Dr Asyraf Wajd via Jiran Cakap

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*