Setelah 4 Jam Bermesyuarat Untuk Jawatan Timbalan PM, Inilah Keputusan MT UMNO

Majlis Tertinggi UMNO tidak membincangkan tentang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan menegaskan semua ahli Kabinet mewakili UMNO terus kekal dalam kerajaan.

UMNO mahu PRU selepas Covid-19 terkawal

Itu antara kenyataan media Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sebentar tadi.
Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengambil masa hampir empat jam berakhir kira-kira jam 12.30 malam tadi.

Umno kekal dalam k’jaan tapi mahu PRU lepas Covid-19 terkawal

Mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) Umno malam ini memutuskan menteri daripada parti itu akan kekal dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, Umno turut memutuskan bahawa pilihan raya umum (PRU) perlu diadakan selepas w4bak Covid-19 berada di “peringkat minimum”.

“Umno adalah sebuah parti yang dasar-dasarnya sentiasa memberikan keutamaan kepada agenda rakyat. Maka semua anggota Kabinet yang mewakili Umno terus kekal dalam Kerajaan dan beriltizam untuk terus menjaga kebajikan rakyat dan mempertahankan maruah parti.

“Umno memutuskan agar mandat rakyat dikembalikan bagi mewujudkan kerajaan yang stabil dengan mengadakan PRU setelah pandemik Covid-19 dapat dikawal dan berada di peringkat minimum,” kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu tamat pada pukul 12.30 tengah malam ini.

Pemimpin parti itu – antaranya Tajuddin Abdul Rahman, Shahidan Kassim, Puad Zarkashi dan Zahidi Zainul Abidin – enggan menjawab sebarang soalan daripada pemberita selepas mesyuarat itu berakhir.

Sumber – TRendingsangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*