“Terima Kasih Tun” Syed Saddiq Terima Kritikan Dengan Hati Terbuka

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Muar, bersikap professional dan terbuka dengan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad, berhubung hasratnya untuk menubuhkan parti baharu, khusus untuk golongan muda.

Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu menegaskan, beliau menghargai pandangan yang disuarakan bekas Perdana Menteri yang juga idola beliau terbabit.

“Terima kasih Tun (Dr Mahathir). Kami terima kritikan dengan hati yang terbuka. Ini adalah parti yang dipimpin orang muda untuk semua rakyat Malaysia.

“Majoriti yang akan memimpin adalah golongan teknokrat, profesional, usahawan, petani moden, pemimpin masyarakat awam dan lain-lain,” katanya menerusi status yang dimuat naik di akaun Twitter rasminya, hari ini.


Dr Mahathir dalam satu sidang media pagi tadi, menyifatkan hasrat Syed Saddiq untuk menubuhkan parti khusus golongan muda, tidak akan berjaya.

Beliau turut menjelaskan, biarpun golongan muda mewakili majoriti yang besar dalam senarai pemilih, ia tidak mencukupi untuk memenangi pilihan raya dalam sesebuah kawasan.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak sedia bekerjasama dengan parti pimpinan Syed Saddiq itu jika mereka berkongsi prinsip dan perjuangan yang sama, iaitu menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, biarpun keahlian partinya kelak terdiri dalam kalangan orang muda, mereka tetap sayangkan Malaysia.

“Kami mungkin muda, tetapi kami cintakan Malaysia,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*