UiTM Tegas Bahawa Tidak Terbabit Dalam Live Facebo0k Bertajuk “UiTM dan DAP”

(UiTM) Universiti Teknologi MARA, menegaskan bahawa mereka tidak terbabit dalam program bicara Facebook Live bertajuk ‘UiTM dan DAP’, yang dianjurkan oleh sayap Muda DAP Kampung Tunku di sini, esok.

“Kami memandang serius isu ini susulan tersebarnya poster digital di media sosial yang seolah-olah membabitkan UiTM dalam penganjuran program itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Berdasarkan poster itu, program bicara ini akan disertai oleh bekas graduan UiTM yang memegang jawatan dalam DAP.

UiTM turut memaklumkan bahawa tidak ada sebarang permohonan mahupun kelulusan yang diberikan terhadap program itu.

Justeru itu, UiTM dengan tegas memaklumkan orang ramai bahawa ia sama sekali tidak terbabit dalam program itu.

Sumber : BHarian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*