Resepi Mudah Kari Kepala Ikan

Bahan bahan:


Kepala ikan jenahak/tenggiri

2 keping isi badan ikan di atas

1 cawan santan

5 sb rempah kari ikan Baba’s

2 sb serbuk ketumbar Babas

3 sb cili serbuk Babas1/2 sudu kecil jintan putih

2 sudu kecil biji sawi

2 tangkai daun kari

Asam jawa, secukup rasa masam

5 ulas bawang merah kecil

3 sudu besar halia + bawang putih (Blend)

2 biji bawang besar merah & 1 biji buah tomato (blend)

Bendi dan terung

2 tangkai biji fresh cili merah

Cara Memasak:

Tumiskan biji sawi, daun kari, bawang merah yg dimayang dan cili besar sampai wangi. 

Kemudian masukkan halia + bawang putih yang di blend, serbuk – serbuk kari tu semua. Tumis sampai garing. Masukkan air asam jawa.

Kemudian masukkan bawang besar + tomato yang di blend, biarkan sekejap, masukkan santan. Tambah air untuk kuah tapi jangan banyak sangat nanti cair pulak kuah kari kita.

Biarkan sampai hampir hampir mendidih, masukkan ikan. Lepastu boleh masukkan terung dengan bendi. (Kalau nak, takde pun tak apa)

Biarkan sampai betul betul mendidih dan ikan masak, renihkan sekejap utk dapatkan texture kari yg menarik.

DAH SIAP!!! Apa lagi, Selamat Menjamu Selera!

Dan Jangan Lupa Follow Kami Di Instagram @cherasdaily dan Facebook Cheras Daily

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*