Bekas Jurufoto Utusan Melayu, Bertukar Bidang.

@kawoodkl (DARI KAMERA KE MESIN DRILL)…

Siapa sangka dari tangan yang memegang kamera, dapat menghasilkan satu karya dari kayu yang mempunyai pelbagai kegunaan untuk menghiasi ruang rumah dan pejabat.


Bekas jurufoto utusan melayu, Hafiz Johari @apis.joe , Razak Latif @razaklatif dan Nooradzrene @nooradzrene melakukan satu “turning point” dalam kehidupan meraka.

Umum semua saentero Malaysia tahu yang Kumpulan Utusan Melayu berhad telah ditutup dan menghentikan penerbitan akhbar no.1 di Malaysia yang menjadi “Lidah Utama” dikalangan media cetak sejak beberapa dekad yang lalu.

Mereka antara yang terpalit dalam situasi hitam yang menyebab kakitangan Utusan Melayu terpaksa mencari punca rezeki lain bagi menampung kehidupan mereka.

foto : Iskandar Ayoi


Pelbagai cara yang mereka lakukan untuk menampung “poket” demi kelansungan hidup di masa sekarang.

Barangkali timbul satu kelainan pemikiran dikalangan mereka untuk melakukan sesuatu yang jarang sekali dilakukan,maklum semua tahu mereka antara “anchor muda” dalam jurufoto di Utusan Melayu.

Keberhasilan dari @kawoodkl kini mereka satu “Ara Planter Shelf” yang kini menjadi satu “trending” dalam “interior design item”.

foto : Iskandar Ayoi

Dalam durasi 9 hari beroperasi ini, @kawoodkl banyak menerima tempahan.

Perancangan yang mungkin tak dijangka dapat menjana pendapatan yang lumayan.Mungkin banyak design lain yang bakal mereka keluarkan?Ayuh sahabat2 kita support @kawoodkl!

sumber : Iskandar Ayoi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*