LEGASI TUKANG BESI PESISIR SUNGAI PAHANG

LEGASI TUKANG BESI PESISIR SUNGAI PAHANG… Permainan api dan besi bukan satu perkara yang boleh dilakukan oleh semua orang.

FOTO : ISKANDAR AYOI

Wan Islahuddin Ali atau lebih dikenali sebagai Pok Teh dikalangan penduduk setempat di Kampung Salong merupakan seorang yang pakar dalam pertukangan besi senjata.

FOTO : ISKANDAR AYOI

Mahupun di Pekan atau di seluruh Pahang, Pok Teh antara tukang besi muda yang sudah menempa nama dalam seni pembuatan besi senjata.

Pok teh merupakan peminat tegar dalam pertukangan pedang jepun.

FOTO : ISKANDAR AYOI

Sebut sahaja apa jenis pedang jepun,sudah pasti Pok Teh boleh ber”soreh” dari mula hingga akhir pembuatan pedang.

Pok Teh juga tidak pernah melupakan nilai estetika pembuatan senjata melayu.

Penghasilan keris yang sangat teliti dan unik membuatkan Pok teh menanam minat yang mendalam untuk menghasilkan “air tangan” pembuatan keris yang boleh disignifikasikan hasil dari tempaan Pok Teh.

FOTO : ISKANDAR AYOI

Pok Teh cuma berharap ada generasi millenium kini boleh mewarisi legasi pembuatan senjata bukan sahaja keris malah apa jua senjata kerana seni pembuatan senjata dari tangan tukang besi perlu diturunkan agar masyarat lebih menghargai tukang besi yang boleh dikatakan semakin berkurangan di seluruh Malaysia.

SUMBER : FACEBOOK ISKANDAR AISYAH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*