Masih Ada Yang Tersisih Di Kawasan Elit …

Pondok Kasturi
Foto : Iskandar Aisyah

PONDOK KASTURI… Cuma ini yang dapat digambarkan tentang insan bernama KASTURI. Tinggal di laman rumah milik orang lain dengan membina sebuah pondok untuk dia dan keluarga. Sosok tubuh lelaki tinggi lampai berkulit gelap ini menyambut kami dengan hati yang terbuka walaupun pada mulanya kami di”sambut” dengan 2 ekor anjing yang “mengawal” pintu masuk “rumah” abang Kasturi.

Melihat dia bertuala dengan rambut kusut kami boleh bayangkan bermacam perkara yang bermain di mindanya
Foto : Iskandar Aisyah

Melihat dia bertuala dengan rambut kusut kami boleh bayangkan bermacam perkara yang bermain di mindanya. Kami terus menghulurkan bantuan barangan dapur untuk dia dan isteri. Abang Kasturi mula bercerita mengenai kehidupannya dan isteri yang sedang sakit. Dan mereka juga tidak boleh membaca. Pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan tapi sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), abang kasturi hilang punca pendapatan yang selama ini memberi makan dan pakai buat dia dan isteri. Seakan mengusik jiwa kami, abang Kasturi berkata yang “rumah” mereka diami ini perlu dirobohkan dan mereka perlu keluar dari laman tersebut kerana tuan rumah mahu mengambil semula semuanya.

“Abang Kasturi”
Foto : Iskandar Aisyah

Ada juga Abang Kasturi di”sapa” oleh “wakil rakyat” tapi sekadar melepaskan batuk ditangga dan terus senyap tanpa ada tindakan. Dengan bekalan eletrik yang akan diputuskan 16 Mei ini, abang kasturi hanya mampu berserah dan berharap dapat mencari tempat untuk berteduh meskipun sebelum ini dia pernah juga tidur ditaman berhampiran. Ukiran senyuman yang ada diwajah abang Kasturi kami tahu ianya bersifat sementara.

Pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan tapi sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), …
Foto : Iskandar Aisyah

Dengan isteri yang kurang sihat dan perlu keluar dari “rumah” dalam masa terdekat kami tahu ini bukan perkara mudah buat abang Kasturi. Ada juga insan yang tersisih dalam Taman Paramount yang bagi kami cukup gah dengan kawasan elit bagi golongan berada. Kami berharap ada insan-insan yang boleh membantu abang Kasturi untuk kelansungan hidup. Bagi kami tugas sebagai manusia kami cuba lakukan sebaik mungkin. kami tak mahu jasa yang berbalas. Cukup dengan insan seperti abang Kasturi ini dibela dan diberi peluang untuk menjalani kehidupan yang biasa dalam “norma” luar biasa yang kita hadapi dengan wabak pandemik Covid-19. Mungkin ada orang yang semulia hati seperti ustaz Ebit Lew yang boleh membantu? Inshaallah sama-sama kita doakan. Sesiapa yang nak menghulurkan bantuan kepada abang Kasturi boleh hubungi:

Alex Mizie (tok) – +60 12 360 6747
Isz Ismail – +60 13 628 2502
WickedMark Muiz – 016 242 2579

PJ LONG RIDE
Foto: Iskandar Aisyah

“PONDOK KASTURI” telah kami daripada kawanan pj LONG RIDE bantu sedaya mampu kami. Selebihnya kami berdoa agar abang Kasturi diberi kekuatan dan kesihatan yang utuh dan dipermudahkan serta dimurahkan rezeki meneruskan kehidupan kalian dalam bulan Ramadhan yang mulia. Kami semua pendosa yang mengharapkan keampunan dan rahmat Allah SWT untuk bekalan di hari “KEMUDIAN” nanti

Sumber : https://www.facebook.com/iskandar.aiysah ( 9 Mei 2020 )

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*