Rungkai Misteri Orang Minyak! Ada Juga Kes Yang Pernah Terjadi Di Kawasan YB Young Syefura Suatu Ketika Dahulu

Sekitar penghujung 2011, penduduk sekitar Ketari di Bentong, Pahang hidup dalam ketakutan dan kebimbangan apabila satu lembaga misteri mula menghantui kawasan yang dihuni lebih 10,000 penduduk itu.

Lebih menakutkan adalah lembaga misteri berwarna hitam itu tidak saja dijumpai berkeliaran pada waktu malam tetapi turut menceroboh masuk ke rumah penduduk dan menodai anak gadis serta wanita yang dijumpainya.

Lalu kejadian demi kejadian terus hangat diperkatakan dan rentetan misteri dan perilaku lembaga misteri itu pantas mengingatkan penduduk kepada legenda makhluk mistik digelar ‘Orang Minyak’.

Mengikut mitos masyarakat Melayu, Orang Minyak merujuk kepada seseorang yang mengamalkan ilmu hitam dengan tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa untuk melakukan perkara jahat seperti merogol, mencuri dan sebagainya.

Kena tipu syaitan

Asal ilmu hitam berkenaan kononnya dikaitkan dengan seorang lelaki yang menuntut ilmu batin bagi mencari kehebatan dunia tetapi dalam usahanya itu, dia ditipu syaitan sehingga menyebabkan seluruh badannya menjadi hitam dan berlumuran minyak. Mengikut cerita, lelaki terbabit hanya akan kembali pulih menjadi manusia selepas menodai 40 gadis. Bersama sumpahan yang diterimanya, lelaki terbabit turut memperoleh kuasa sakti, antaranya mampu memasuki rumah berkunci dengan mudah, melekat di siling seperti cicak, selain dapat menghilangkan diri sekiranya dikejar.

Lalu dengan jelmaan sebagai Orang Minyak, lelaki terbabit mula mencetuskan huru-hara apabila menceroboh masuk rumah penduduk dan memperkosa gadis yang ditemuinya. Gadis yang menjadi mangsa akan ditanda pangkah pada wajah mereka.

Sejak itu, kisah mengenai kekejaman Orang Minyak terus menghantui masyarakat tempatan di negara ini dan kelibat lembaga itu terus dilaporkan ditemui di pelbagai tempat dari zaman silam sehinggalah ke zaman moden ini.

Momokan mengenai serangan jelmaan lembaga hitam itu mula menghantui penduduk sekitar 20 kampung dan taman perumahan di kawasan Ketari tidak lama dulu.

Beberapa rumah penduduk dilaporkan diceroboh masuk, malah dua gadis sunti, masing-masing berusia 16 tahun dan lapan tahun sudah menjadi mangsa yang diperkosa lembaga kejam terbabit.

Penduduk tingkat kawalan

Bimbang dengan serangan itu, penduduk mula bersatu mengadakan kawalan dan rondaan di sekitar kawasan kampung dengan harapan dapat menangkap Orang Minyak yang sekian lama menjadi igauan mereka.

Berdasarkan mitos, Orang Minyak dikatakan mampu ditangkap dengan cara mengepung lembaga itu sebelum diselubung dengan kain batik. Selepas diselubung, ibu jari Orang Minyak akan digigit untuk menghapuskannya.

Mengikut mitos lagi, bagi gadis yang enggan diganggu Orang Minyak pula, bilik mereka perlu memiliki cermin besar kerana lembaga itu takut dengan cermin.

Selain itu, kawasan tempat tidur pula perlu ditaburi kelopak jantung pisang dan daun keladi bira.

Tindakan penduduk kampung mengadakan kawalan dan rondaan hampir membuahkan hasil apabila pada suatu hari, sekumpulan pemuda akhirnya terserempak dengan lembaga hitam itu di atas bumbung sebuah rumah di Kampung Bukit Piatu ketika sedang mengadakan rondaan.

Dengan pantas kumpulan pemuda terbabit mengejar lembaga itu sehingga ke kawasan sungai tetapi tidak lama kemudian, jelmaan itu menghilangkan diri.

Igauan angkara gangguan terbabit menyebabkan Jabatan Mufti Pahang meminta masyarakat Islam setempat mengadakan solat hajat, memperbanyakkan bacaan al-Quran dan berzikir bagi mengelak perkara tidak baik berlaku di rumah mereka.

Di sebalik pelbagai misteri dan cerita mistik yang tersebar mengenai Orang Minyak pada ketika itu, pihak polis merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kronologi dan modus operandi kes terbabit. Ada suatu rahsia besar yang masih terselindung di sebalik identiti lembaga hitam berkenaan.

Polis jalankan siasatan

Siasatan terperinci dijalankan dan strategi terus diatur bagi memastikan kekejaman lembaga hitam terbabit dinoktahkan buat selama-lamanya.

Akhirnya pada petang 14 November 2012, tiga anggota polis bersama seorang penduduk terlihat sesusuk tubuh separuh bogel yang berada dalam keadaan mencurigakan di dalam semak berhampiran Taman Hussein.

Selepas suspek ditahan dan dibawa ke balai polis, barulah misteri dan teka-teki membabitkan Orang Minyak yang lama mengganas sekitar Bentong itu berjaya dibongkarkan.

Menurut polis, lembaga hitam misteri yang mengganggu dan melakukan kejahatan terhadap penduduk selama ini bukanlah Orang Minyak sebaliknya suspek hanyalah seorang penjenayah kejam yang memecah masuk rumah mangsa untuk merogol, mencuri dan membunuh.

Polis juga berjaya mendapatkan pengakuan daripada suspek terbabit iaitu Rabidin Satir, 42, yang mengaku terbabit melakukan 13 kes membabitkan jenayah menceroboh masuk kediaman penduduk untuk merogol, bunuh dan samun sejak Mac 2009 hingga 14 November tahun itu.

Kecekapan polis menyebabkan misteri Orang Minyak di Bentong itu berjaya diselesaikan apabila Mahkamah Sesyen Raub akhirnya menjatuhkan hukuman penjara 115 tahun dan 50 sebatan kepada dalang kes ini pada Februari tahun lalu.

Malah, kes di Bentong itu bukanlah yang pertama dilaporkan apabila pada November 2006, Orang Minyak yang berjaya ditangkap penduduk di Kampung Tawas di Ipoh, Perak sebenarnya hanyalah pencuri yang melumurkan dirinya dengan minyak.

Kelemahan Orang Minyak

Sehebat-hebat Orang Minyak pun, dia mesti ada kelemahan tersendiri. Antara benda-benda yang boleh melemahkannya adalah:

  1. Jantung pisang dan daun keladi bira – Kalau ada serangan Orang Minyak di sesebuah kampung tu, setiap penduduk kampung yang ada anak dara akan menabur kelopak jantung pisang dan daun keladi bira supaya takde gangguan.
  2. Cermin besar dalam rumah – Selain tu juga, cara untuk elakkan kehadiran Orang Minyak ialah dengan meletakkan sebuah cermin yang besar dalam bilik atau rumah, sebabnya orang minyak dikatakan takut dengan cermin. Tapi, make sure la korang tak terkejut dengan muka sendiri bangun pagi ye!
  3. Bau peluh badan – Disebabkan Orang Minyak hanya tertarik kepada perempuan, jadi anak dara dinasihatkan supaya memakai baju yang berpeluh supaya orang minyak tu ingat yang tidur tu adalah lelaki.
  4. Memakai pakaian secara terbalik – (untuk mengelakkan pukau oleh Orang Minyak), atau menutup badan dengan kain batik masa tidur. Kain batik juga dikatakan dapat melemahkan orang minyak kalau diselubungkan ke atasnya. Ada juga yang mengatakan lepas kelubungkan dengan kain batik, kena gigit ibu jarinya. Korang sanggup gigit?
  5. Sandarkan penyapu pada pintu
  6. Letak ’buluh kuning’ di dalam bilik – dipercayai dapat menakutkan Orang Minyak.
  7. Tidur secara berselerak (tidak teratur sekiranya tidur secara beramai-ramai di dalam satu bilik)

Ni cuma petua orang tua-tua yang diamalkan oleh penduduk kampung zaman dulu. Tapi, Orang Minyak ni tak pernah ditangkap langsung ke?

Kes Orang Minyak ni dah beberapa kali berlaku dulu. Malah, ada yang berjaya ditangkap, contohnya macam kes pada 24 November 2006, seorang pencuri yang melumurkan dirinya dengan minyak telah ditahan di Kampung Tawas, Perak.

 

Sumber : HMetro & Youtube

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*