Akhirnya Kemelut Negeri Perak Selesai ,Umno,PAS, Bersatu, Setuju Cadang Menteri Besar Baharu

Kemelut politik melanda Perak susulan kegagalan undi percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, sudah diselesaikan susulan pertemuan enam mata membabitkan kepemimpinan tertinggi UMNO, BERSATU dan PAS, hari ini.

Dalam pertemuan berlangsung di Bangunan Parlimen itu, ketiga-tiga pemimpin parti itu sudah mencapai kesepakatan untuk mengekalkan pentadbiran Perak di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassin, menerusi perkongsian di twitter, berkata permuafakatan dimeterai tiga parti itu demi rakyat Perak.

“Alhamdulillah, demi rakyat MUAFAKAT dimeterai. Utamakan persamaan yang terlalu banyak jua berbanding dengan perbezaan yang teramat sedikit cuma.

“Tahniah Kerajaan PN Perak dikekalkan…. UMNO+PAS+BERSATU=#kitabertiga,” katanya menerusi ciapan itu sambil berkongsi gambar tiga pemimpin utama PAS, UMNO dan BERSATU menandatangani dokumen.

Pada pertemuan yang berlangsung itu, BERSATU diwakili Presiden yang juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili UMNO, manakala Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi pihak PAS.

Selain Takiyuddin, pertemuan itu turut disertai Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa.

Setuju Sebagai Menteri Besar Perak

BERSATU, PAS dan UMNO bersetuju mencadangkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad, sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan yang dihadiri Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Perdana Menteri, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketika pertemuan itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan penyataan maaf bagi pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada BN di atas kekhilafan yang berlaku pada Jumaat lalu, hingga menyebabkan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faisal Azumu, terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, turut menyertai pertemuan itu.

Kenyataan yang dikeluarkan setiausaha agung ketiga-tiga parti itu selepas pertemuan terbabit, menyatakan pertemuan pucuk pimpinan itu diadakan bagi membincangkan pembentukan kerajaan negeri Perak.

“Dalam perbincangan itu, Pengerusi BN telah menyampaikan penyataan maaf bagi pihak ADUN-ADUN BN di atas kekhilafan yang berlaku.

“Atas semangat permuafakatan Perikatan Nasional (PN), ketiga-tiga parti telah bersetuju untuk mencadangkan Saarani sebagai Menteri Besar Perak yang baharu untuk diperkenankan Sultan Perak.

“Perbincangan hari ini juga telah mencapai kata sepakat mengenai perlantikan-perlantikan lain dalam kerajaan negeri,” kata kenyataan itu.

Menurut mereka, ketiga-tiga parti itu turut bersepakat memperkukuhkan lagi kerjasama di antara parti dalam kerajaan PN di Perak dan peringkat nasional, demi kestabilan politik serta kesejahteraan rakyat.

Sumber : Twitter & Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*